Perak Hari Ini

Tebatan Perlu Dibina Segera Atasi Banjir Di Teluk Intan

PERAK TODAY 2

Pembinaan benteng bagi menghalang banjir kilat di kawasan Teluk Intan, terutamanya untuk penempatan kampung yang terletak berhampiran Sungai Perak perlu disegerakan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Ini kerana penduduk mendakwa penempatan mereka sering dinaiki air ketika musim tengkujuh atau air pasang penuh.

Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Komuniti (JKKK) Kampung Dua Belas Setengah, Ibrahim Mohd Nor, berkata masalah tersebut sudah lama dihadapi oleh penduduk di situ.

“Masalah ini telah lama kami hadapi dan ia mendatangkan banyak kesusahan kepada penduduk,” katanya.PERAK TODAY 1

Menurut beliau lagi, sebelum ini, projek tebatan untuk menghalang banjir telah dibuat atas inisiatif ketua kampung, namun ia tidak kukuh.

“Tebatan dibuat atas ihsan ketua kampung tetapi air banjir masih masuk dan jika musim air pasang penuh, air akan naik sampai atas rumah,” katanya lagi.

Mengulas mengenai bantuan untuk membuat benteng tersebut, beliau berharap agar pihak yang berkenaan dapat memberi perhatian serius terhadap masalah yang dihadapi penduduk di situ.

“Harapan pakcik agar pemimpin yang baru dilantik nanti dapat mengambil serius isu rakyat di kawasan ini,” ujarnya lagi.

Sementara itu, penduduk lain yang ingin dikenali sebagai Rosli, berkata kedudukan rumah penduduk yang berhampiran dengan Sungai Perak meningkatkan lagi risiko penempatan tersebut ditenggelami air.

Oleh sebab itu, pembinaan benteng atau tebatan banjir amat diperlukan di kawasan terbabit, katanya.

“Projek membuat ban itu kena diteruskan juga kerana jika tidak dibuat, air akan naik,” katanya.

Tambahnya, walaupun projek tersebut memakan masa, namun ia harus juga dilakukan bagi mengatasi masalah banjir.

“Memang makan masa kalau nak buat sebab kawasan ini agak luas,” ujarnya.

Katanya, sekiranya pembinaan tebatan banjir dapat diteruskan, ia akan memberi manfaat kepada penduduk kampung khususnya dan masyarakat di sekitar Teluk Intan amnya.

Projek tebatan banjir di sepanjang Sungai Perak telah dilaksanakan oleh calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong ketika menjadi Ahli Parlimen Teluk Intan sekitar tahun 1999 hingga 2008.

Fasa pertama dan kedua projek tebatan tersebut berjaya dilaksanakan membabitkan kos kira-kira RM30 juta dan dikatakan dapat menyelesaikan 80 hingga 90 peratus masalah banjir kilat di Teluk Intan.

Namun, projek tebatan banjir yang mempunyai lima fasa itu terpaksa dihentikan apabila Mah kalah kepada calon DAP, M Manogaran pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan Seah Leong Peng dalam PRU 2013.

Dalam manifesto Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Mah menyuarakan hasratnya untuk menyambung semula projek tebatan banjir yang tergendala jika beliau diberi dimandat oleh rakyat, Sabtu ini.

PERAK TODAY 3

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");