Perak Hari Ini

‘Satu Kejayaan Yang Manis’: DS Zambry

“Ini merupakan kenangan dan kejayaan manis buat Barisan Nasional (BN) dan calon kita Datuk Mah Siew Keong selepas berjaya menghadapi pertarungan yang sengit,”.

Begitu ulasan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berhubung kemenangan BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, malam tadi.

Katanya lagi, kejayaan Mah itu menunjukkan semangat juang dan tidak pernah mengaku kalah pastinya akan membuahkan hasil.

“Beliau tidak pernah mengaku kalah dan angkuh dalam menghadapi pertarungan ini,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas BN di umumkan sebagai parti yang berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Teluk Intan dalam PRK kali ini.

Katanya lagi, gerak kerja yang sistematik dan kerjasama daripada kesemua jentera parti memberi kemenangan kepada calon BN.

“Kemenangan ini memberi petanda kepada pembangkang supaya tidak terlalu angkuh dan sombong terhadap kehebatan mereka,” katanya.

Ujar beliau lagi, kekalahan pihak pembangkang kali ini bakal menjadi pengajaran kepada mereka berikutan sikap sombong yang dipertontonkan kepada semua.

Tambah Zambry lagi, corak mengundi masih masa namun gerak kerja yang baik dan kerja yang bersungguh-sungguh dipraktikkan sebagai iktibar daripada pilihan raya yang lepas (PRU-13).

IMG-20140601-WA0002

Sementara itu tambahnya lagi, kejayaan pada hari ini merupakan kejayaan kepada Mah dan BN dengan kejayaan meraih undi tambahan sebanyak hampir 8,000 undi berbanding pada 2013.

“Ini merupakan anjakan yang sangat besar terima kasih kepada rakyat Teluk Intan kerana memberikan sokongan kepada Mah.

“Ini adalah kebangkitan semula buat Mah untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat dan meneruskan tugasnya seperti waktu dahulu,” katanya lagi.

Zambry turut berharap ahli Parlimen itu mampu menjadi seorang wakil rakyat yang lebih efisien dan bermakna kepada seluruh penduduk Teluk Intan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");