Published On: Sat, Apr 23rd, 2011

MIMPI NGERI UMNO TELUK INTAN

Share This
Tags

Teluk Intan merupakan sebuah kawasan yang sangat penting dalam sejarah kewujudan Perak sebagai sebuah negeri yang bersultan. Sebelum Kuala Kangsar menjadi Bandar Diraja, pada tahun 1528, di Teluk Intanlah terletaknya istana Sultan Perak. Bagaimanapun, seperti di tempat-tempat lain juga, di mana terletaknya bandar yang menempatkan istana sultan, kawasan itu pasti akan diserbu oleh golongan pendatang. Apatah lagi dengan kedatangan British pada tahun 1874, golongan imigran dibawa masuk bagi menurunkan jumlah rakyat tempatan yang dilihat tidak mesra British, terutama selepas pembunuhan J.W.W.W Birch di Pasir Salak.

Tinggalan sejarah itulah juga yang masih menaungi Teluk Intan sehingga kini. Sekalipun Teluk Intan yang nama lamanya adalah Teluk Mak Intan sebelum ditukar menjadi Teluk Anson tetapi ditukar kembali kepada Teluk Intan merupakan pekan asal Melayu selepas Bandar Baru yang terletak tidak jauh di seberang Sungai Perak, ditinggalkan akibat serangan British, komposisi kaum di Teluk Intan menjadi duri dalam daging.

Terdapat dua Parlimen di kawasan tersebut iaitu Parlimen Pasir Salak dan Parlimen Teluk Intan. Sebahagian besar perkampungan Melayu berada di dalam DUN Sungai Manik yang berada dalam Parlimen Pasir Salak. Manakala di Parlimen Teluk Intan, DUN ‘Melayu’ hanyalah Changkat Jong yang mengandungi pengundi Melayu seramai 60% manakala Cina pula 12.61%, India 27.07% dan lain-lain kaum 0.03%. DUN Pasir Berdamar pula menyaksikan majoriti pengundi Cina berjumlah 69.45%, manakala Melayu 33%, India 14.13% dan kaum lain 0.09%.

Pasir Salak dikatakan kubu selamat buat UMNO memandangkan ketiga-tiga  kerusi (1 Parlimen, dua DUN) dikuasai oleh UMNO-BN sepenuhnya. Dua DUN di Pasir Salak adalah DUN Sungai Manik dan DUN Kampung Gajah. Bagaimanapun, ketiga-tiga kerusi tersebut langsung tidak selamat buat UMNO memandangkan catatan majoriti yang diperolehi untuk Parlimen Pasir Salak, DUN Sungai Manik dan DUN Kampung Gajah, telah menurun secara drastik pada tahun 2008 berbanding 2004.

Berdasarkan perkembangan terkini, Parlimen Teluk Intan dan DUN Pasir Berdamar tidak mungkin dapat direbut oleh mana-mana parti gabungan Barisan Nasional. Dengan jumlah pengundi berbangsa Cina yang mengatasi pengundi Melayu, sama ada MCA, MIC, GERAKAN apatah lagi PPP sekadar boleh telan asap.

Namun Changkat Jong yang mempunyai pengundi Melayu teramai, sepatutnya berjaya dipertahankan oleh UMNO menerusi wakilnya, Idris Hashim yang juga merupakan Ketua Bahagian UMNO Teluk Intan. Ditambah pula dengan jawatannya selaku Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNS), seharusnya UMNO di Changkat Jong mempunyai imej yang cukup baik.

Beberapa pengumuman telah dibuat, bahkan retreat dan beberapa aktiviti membabitkan PNS turut dilakukan di Teluk Intan, namun ternyata ia tidak menambahkan sokongan daripada masyarakat Changkat Jong, sebaliknya ramai yang melihat tindakan Ketua Bahagian UMNO Teluk Intan itu mempunyai motif untuk mempertahankan jawatannya di dalam UMNO dan tidak bertujuan sama sekali untuk memajukan masyarakat!

Idris Hashim bertanding sebagai calon UMNO-BN di Changkat Jong pada tahun 2008. Namun dia kalah di tangan calon PAS, Mohd Anuar Sudin dengan majoriti 899 undi. Walhal pada tahun 2004, calon UMNO-BN, Ir.Onn Hamzah menang dengan majoriti 3,611. Undi rosak pada tahun 2008 juga agak tinggi iaitu 410.

Pengaruh PAS dan PKR di Changkat Jong begitu meningkat. Manakala pengaruh DAP di Pasir Berdamar dan Teluk Intan juga kian bertambah. Malangnya, pengaruh UMNO di Changkat Jong, semakin merosot dan langsung tidak menggigit. Apa sebenarnya yang berlaku sehingga boleh jadi sebegitu rupa, walaupun Changkat Jong suatu ketika dahulu merupakan kawasan kubu kuat UMNO?

Apakah kerana lambakan beban tugas yang melampau kepada Idris Hashim yang khabarnya mempunyai cerita menarik terutama status bangkrap, untuk dilantik sebagai Pengerusi PNS, menyebabkan UMNO Teluk Intan dibenci? Penggunaan dana PNS untuk politik peribadinya di dalam UMNO Teluk Intan, juga banyak diperkatakan. Sambutan Hari Raya Aidilfitri PNS di Teluk Intan, menambahkan lagi cerita-cerita negatif tentang Idris Hashim. Bahkan pembayaran zakat PNS yang beribu pejabat di PWTC dikhabarkan dilakukan di Teluk Intan. Malah cerita terbaru tentang serbuan SPRM selepas mendapat laporan yang ‘accurate’ bagi perbelanjaan yang LUAR BIASA PNS, memberikan impak yang sangat negatif kepada Idris Hashim. Paling menarik ialah cerita tentang pengubahsuaian bilik pejabat Pengerusi termasuklah bilik air peribadinya menjangkau perbelanjaan yang sangat luar biasa.

Berdasarkan cerita-cerita yang begitu meluas, timbullah pertanyaan sama ada UMNO Teluk Intan mampu menawan Changkat Jong. Atau Changkat Jong akan terus berada di tangan PAS seperti sekarang kerana masalah Ketua Bahagian Teluk Intan yang tidak berkesudahan?

About the Author

-

Comments

comments

Displaying 301 Comments
Have Your Say
  1. anti alibaba says:

    Mike silap fakta yeop, semua kerja total sub 100% pada Tan Seng Huat. Lesen dah dipajak lama…. tukar dengan imbuhan gaji dan kereta M-Benz AFE 29. Harl Corp hanya nama Azahar Jamaluddin ikut rekod SSM sahaja. Hakikatnya, dah pajak pada Cina. Azahar hanya dapat komisyen 3% sahaja. Sejak tahun 2001, Azahar dah bangkrap dan black list citos….. Cuba semak, rumah no 29, taman sri idaman atas nama siapa? Kereta Alparhd baru daftar atas nama siapa….? Fakta ini sumber dari Ricky Tan ( TSH Concarate Sdn. Bhd. ) kalau tak percaya semak di JPJ. kot-kot, mike menyokong kerana wang juga ke?

  2. kuman Jam Besar says:

    Ni lah masalahnya…bila org turun padang dikatakan cuba mencari publisiti. Bila berpeluk tubuh dikatakan tak tahu mengambil berat nasib org lain….ni namanya spesis HARAMJADAH kalau tak mampu nak bantu sekadar memerhati dari jauh tak payah lah nak menuduh org lain macam macam. Sebenarnya dihati saudara ada perasaan iri hati yang memang dilahirkan begitu sejak azali, nak campur bersama-sama menyinsing lengang tak tahu nak mulakan dimana. Bila org lain membantu perasaan benci semakin membuak-buak meluat melihat org bertungkus lumus membantu. Perasaan ini lahir dari hati yang disaluti syaitan dan iblis. Org yang bertungkus lumus tu tak dapat apa pun sekadar simpati dan cuba menenangkan mangsa-,mangsa tersebut itu aje yang termampu. Kalau kita tak upaya nak membantu jangan kita ajak org lain turut berpeluk tubuh. Soal iklas atau jujur gerakerja tersebut biar allah sahaja menilai. jangan dicampuri urusan allah hanya Dia saha mengetahui. Sebenarnya kerana apa melayu terus mundur walaupun bangsa lain semakin maju kerana wujudnya spesis seperti saudara yang sentiasa melihat sesuatu itu dari sudut negatif. kalau begitu le fikiran saudara tak perlulah saudara memperlekehkan bantuan dan usaha orang lain. Tanya diri sendiri tu dulu apa yang saudara bantu dan buat, kalau ada terima kasih diucapkan tapi kalau saudara tak begitu selesa dengan bantuan dan tungkus lumus org lain lebih baik saudara banyakkkan sembahyang sunat dan taubat. Sekali sekala kita perlu tanya siapa kita dan apa hak kita untuk menilai org lain, hebat sangat ke saudara…..kalau setakat berkokok di laman sesawang ini tak ada maknanya…..kalau saudara rasa tindak tanduk petugas tersebut salah saudara tampil ke depan nak tunjukkan cara yang betul. Saya rasa saudara perlu cermin diri saudara sama ada selayak nya saudara berbicara seperti seorang pemerhati politik. Belajar hidup menghormati orang lain jangaan harap org lain menghormati org lain kalau sdr sendiri gagal untuk menghormati diri sdr sebagai khalifah yang dijadikan allah dimuka bumi ini. Sinis sunggguh bahasa sdr ” jgn terpesona dengan rajin turun padang” habis tu lebih baik baring dan diulit mimpi baru dikaatakan pemimpin sejati. Saya mengucapkan taniah kepada semua jentera membantu mangsa kebakaran tempohari. Biarlah Allah membalas jasa dan budi baik saudara dan saudari sekalian. jangan kita pedulikan kumpulan picisan sebegini kerana jenis manusia ini memang telah wujud sejak dulu lagi kalau tidak masakan negara dijajah lebih dari 446 tahun kepada bangsa asing. Akhirnya taniaah kepada Pemuda, Puteri , wanita, KB, TKB , NKB Umno, PPP, Belia 4B, Majlis Belia Malaysia, majlis Belia Daerah Hilir perak, Mapim, Yayasan 1 Malaysia, yayasan perak, Caaely girl, GHulaam rasul, Pej Kesihatan, pej daaerah, MPTI, Bomba, YB Adun Changkat Jong, dan orng perseorangan ( ramainya kumpulan yang dimaksudkan oleh manusia yang berhati busuk diatas)

  3. Zainal Abidin Zain says:

    Tahniah kepada semua pihak yang telah mengambil bahagian didalam memberikan komen-komen diruang maya ini. Samada pedas, panas, terguris dengan teguran dan kenyataan tersebut sekiranya benar, angaplah ianya sebagai teguran membina demi memperkukuhkan semula UMNO untuk terus memperjuangkan Bangsa, Agama dan Negara.

    Pada mulanya, sememangnyan saya cuba mengalihkan tajuk perbincangan ini kepada satu tajuk yang lebih besar, tetapi nampaknya, rakan-rakan masih berminat untuk meneruskan topik ini, dan teramat malas rasanya untuk menyertai perdebatan ini yang secara peribadi dirasakan seolah-olah membuka pekung didada, tetapi apabila telah disebut olih dinsman melalui komennya bertarikh May 29, maka tergerak hati ini untuk memberikan sedikit komen jika ianya bolih menjadi renungan dan panduaan bersama atas dasar yang telah diamalkan selama ini iaitu berani menerima teguran demi menegakkan kebenaran walaupun pahit. Kerana tidak semua yang manis itu adalah madu dan yang pahit itu adalah racun. Ada kalanya yang racun itulah penawar yang sebenar-benarnya.

    Untuk memberi kenyataan balas terhadap komen-komen yang diberikan, bukanlah niat saya kerana saya tiada hak untuk bercakap bagi pihak kepimpinan UMNO Bahagian Teluk Intan kerana saya bukanlah dikalangan mereka yang berhak memberikan kenyataan. Apatah lagi telah lama tidak mengikuti apa jua aktiviti UMNO Bahagian.Maka adalah elok juga, kepimpinan dan pentadbiran UMNO Bahagian untuk memberikan Kenyataan Balas sebagai penjelasan agar mungkin akan dapat memberikan penjelasan sebenar kerana UMNO bukan hanya dimiliki olih kumpulan tertentu sahaja, malah UMNO dimiliki olih semua orang melayu amnya dan khasnya bagi mereka yang telah berdaftar sebagai Ahli Seumur Hidup.

    Sebagai Ahli UMNO, Dulu, kini dan selamanya……… sememangnya ada isu-isu yang dibangkitkan olih pemberi komen/ulasan diatas harus diakui olih pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian itu adalah benar. Jika diatas nama berpasukan, apa yang berlaku adalah menjadi tanggungjawab semua pihak bermula daripada Pengerusi Tetap, Ketua, Timbalan, Naib, Ketua Penerangan, Setiausaha, Bendahari dan Jawatankuasa empat peringkat ( Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri ), pemeriksa kira-kira, Ketua Cawangan dan semua mereka yang berdaftar sebagai Ahli UMNO.

    Jika niat pemberi komen/ulasan adalah ikhlas demi UMNO, maka ianya harus diberikan perhatian serta pertimbangan. Atas perinsip ” Bumi mana yang tidak di timpa hujan, manusia mana yang tidak melakukan kesalahan ” penambahan baik kepimpinan UMNO Bahagian harus diberikan keutamaan.

    Yang baik jadikan panduan, yang tidak baik jangan diulangi lagi. Allah swt ada berfirman, Jika kita membuka keaiban sesaorang itu, Allah swt akan mebuka keaiban kita.

    Tentang siapa yang bakal menjadi Calun PRU 13 mewakili BN di DUN Changkat Jong, samada Ketua, Timbalan, Naib, Ketua Pemuda, Ketua Wanita, Ketua Puteri atau mana-mana salah seorang Ahli Jawatankuasa, biarlah kepimpinan peringkat Negeri atau Pusat yang membuat penilaian dan pemilihan. Dan jangan lupa dizaman kepimpinan Tun M, ahli atau yang bukan ahli parti juga pernah dipilih sebagai calun. Tetapi yang pentingnya, kita haruslah sanggup menerima hakikat. Jika rezeki sesaorang itu telah ditetapkan olih Allah swt, maka kita sebagai umatnya haruslah akur. Tetapi yang susahnya kita, berdasarkan pengalaman yang lalu, jika ada pemimpin yang tidak terpilih, maka beliau dan penyokongnya akan mensabotaj calun yang dipilih.

    Sebagai rakyat atau pengundi berdaftar, mereka layak membuat pemilihan. Dengan undi Ahli UMNO sahaja didalam DUN Changkat Jong, mana-mana calun tidak akan menang kerana nisbah Ahli UMNO yang berdaftar sebagai pengundi amatlah kecil iaitu sekitar 5,000 orang berbanding jumlah pengundi berdaftar yang melebihi 35,000 orang. Sesaorang calun yang dinamakan haruslah mendapat sokongan bukan sahaja dari ahli UMNO, parti-parti komponen seperti MCA, Gerakan, MIC, PPP dan pengundi yang tidak berparti. Maka setiap calun haruslah mempunyai keperibadian yang tinggi.

    Semenjak 8 Mac, 2008 sehingga kini, adakah UMNO telah mendapat semula sokongan daripada para pengundi. Apakah pendekatan yang telah diambil olih kepimpinan UMNO Bahagian, jika benar komen/ulasan yang diberikan, maka sudah pasti calun BN akan terkubur sekali lagi. Penyokong-penyokong pembangkang adalah tegar. Mereka tidak mengambil kira siapa calun, asalkan pembangkang mereka akan undi. Tidak hairanlah ahli PAS akan mengundi DAP walaupun kedua-dua parti mempunyai fahaman dan perjuangan yang berbeza, tetapi mereka tetap akan bersatu diatas nama pakatan rakyat walaupun tidak mewakili keseluruhan rakyat disesuatu kawasan peti undi itu.

    Berbeza pula dalam UMNO, kalau calun bukan seperti yang dihajati, maka seluruh penyokongnya akan berusaha keras untuk mengalahkan calun yang dipilih. Ini terbukti dengan jelas pada malam 8 Mac, 2008 dimana ada pemimpin dan ahli jawatankuasa UMNO Bahagian yang sanggup berkempen untuk calun parti lawan sehingga awal pagi. Tetapi yang lebih memalukan lagi, hari ini mereka pula yang bertungkus lumus menyokong kepimpinan calun yang kalah di PRU 12 didalam UMNO Bahagian. Amat sukar untuk kita fahami, apa niat sebenar mereka-mereka ini.

    UMNO adalah wadah perjuangan orang melayu….. Segala nikmat yang kita nikmati hari ini, tiada siapa bolih nafikan, ianya adalah hasil perjuangan pemimpin UMNO yang lalu. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, Jangan kerana marahkan pepejat, kelambu kita bakar. Ingat, biar kita tidur berlainan bantal, tetapi mimpi tetap sama. Hari ini kita masih ada Raja-Raja Melayu. Jangan satu hari nanti kita hanya ada perkataan MELAYU pada Keretapi Tanah Melayu atau Baju Melayu. Kerana hari ini telah terbukti, Baju Melayu telah mampu dijahit olih bangsa lain. Membaca sejarah Nabi Muhammad as sewaktu Baginda menyebarkan Ajaran Islam, beginda telah ditentang olih bapa saudaraNya, tetapi berkat kegigihan dan kesabaranNya, ALLAH SWT telah memberikan hidayah dan petunjuk, maka Nabi Muhammad as telah berjaya. Bukan niat saya membandingkan Nabi Muhammad as dengan kita, tetapi kita haruslah mengambil contoh semangat perjungan dan usahanya demi AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. T/kasih.

  4. akuman says:

    Salam,
    Cara saudara menjawab komen sama macam yang diamalkan oleh pengikut PAS. Main petik-petik ayat, bukannya melihat rangkuman ayat secara keseluruhan.
    Untuk memahami apa yang saya maksudkan, ayat ‘jangan terpesona pd kerajinan turun padang’ yang saya gunakan harus digabungkan dengan ayat yang berikutnya. ‘Sejarah membuktikan bnyk sangat dah yang beria-ia turun padang sblm dipilih jadi calon, akhirnya perlahan-lahan menjadi jauh dan asing dari rakyat hinggakan nak jumpa susah, nak telefon pun susah.’
    Apa yang saya tekankan ialah perangai ‘BERIA-IA TURUN PADANG SEBELUM DIPILIH MENJADI CALON’ dan ianya sama sekali tidak dituju pada mereka yang SENTIASA BERADA DI PADANG.
    Pandangan saya ikhlas, bukannya hanya pada UMNO Tlk Intan, tetapi di mana-mana juga.
    Saya telah cukup lama bersama dengan parti ini – sejak belum perpecahan 1987 lagi. Apa yg saya komen/tulis adalah berdasarkan pengamatan saya di mana-mana. Saya telah melihat terlalu ramai pemimpin parti yang saya yang jinaknya dengan rakyat hanya sebelum diberi tempat. Dan merekalah menjadi sebahagian daripada punca kenapa orang semakin menjauhi parti kita.

    Saya tidak mempersoalkan keikhlasan sesiapa. Tapi dalam menyatakan pendapat kita harus menggunakan kayu pengukur umum. Bukan semua orang PAS suka pada Anwar Ibrahim, tetapi kerana parti itu bersekongkol dengan Anwar maka setiap ahli PAS akan dilihat sebagai menerima dan menyukai Anwar. Itu pengukurnya.

    Saya menyentuh perkara-perkara didalam komen saya, tentang korup, gedik dan sebagainya secara umum. Begitu juga dengan turun padang. Kalau ada yang melakukannya secara ikhlas baguslah. Kita tidak perlu resah dengan tanggapan orang. Ikhlas itu benar dan kebenaran akhirnya akan menang.

    Saya tak mahu menyentuh soal tungkuslumus pelbagai pihak membantu mangsa kebakaran di Kampung Terengganu kerana ia tidak termasuk dalam subjek asal di komen saya. Dalam hal mala petaka dan bencana, sesiapa pun harus menghulurkan bantuan – dalam apa juga bentuk. Itu kewajipan.

    Yang meresahkan saya ialah budaya mencari dan berebut kedudukan yang tak habis-habis meracuni UMNO. Ia tidak salah. Tapi perlumbaan ke arah itu jarang sekali tidak diselangi dengan amalan-amalan yang salah. Dan yang terpaksa membayar harga atas kesalahan-kesalahan itu nanti ialah UMNO.

    Saya percaya ada banyak lagi cara untuk kita berbakti kepada agama, bangsa, negara dan parti. Bill Gates tidak perlu menjadi Presiden Amerika tapi dia masih boleh terus menyumbang kepada dunia. Robert Kuok tidak perlu menjadi Presiden MCA atau Pengerusi DAP, Syed Mokhtar tidak pun mengeliat-ngeliat meminta kerusi…namun mereka semua tetap dapat menyumbang.

    UMNO dengan segala tiang, dinding, atap, bumbung dan lantainya patut kita jadikan tempat bertahan dan berteduh; bukannya dijadikan pentas untuk kita berseronok suka dan melompat-lompat sehingga ia akhirnya roboh.

    Wassalam

  5. Mak Intan says:

    Bro, wa baru tahu lu Atan Udang, Ketua Pemuda UMNO Durian Sebatang. Baru wa faham ngapa lu hangat sangat dekat Ketua Bahagian. Caya lu.

  6. wira teluk inntan says:

    betui-betui.. deme tu dah takut. kalau tim. bahagian tak dpt jadi calon.. kosong la poket deme

  7. wira teluk inntan says:

    mcm mana nak buat program… bila buat je.. kome ade je nak bangkang.. ini tak betui la, itu tak betui la,, mcm kome tu bagus sgt, rakyat teluk intan blh nilai sendiri yop sape yang buat keje,, sape yg tak buat keje… jgn pandai nak kritik org, cermin diri tu dulu…1 jari tunjuk kat org 19 jari lg tunjuk kat kome…

  8. ayub says:

    Asalamualaikum .. Saudara/saudari .. yang dirahmati Allah SWT .. telah menjadi satu budaya .. sikap saling mencela dan mempersalahkan orang lain melalui tulisan sudah menjadi perkara biasa. Tujuannya hanyalah untuk menuduh dan menjatuhkan air muka orang lain yang tidak sehaluan pendapat dengannya disamping mungkin juga bertujuan untuk mencari populariti.

    Islam tidak melarang umatnya untuk memberikan pandangan dan kritikan yang bersifat membina apabila melihat sesuatu masalah atau tuduhan yang menyimpang dari kebenaran. Sikap seperti ini telah ditunjukkan sejak zaman Rasullullah s.a.w hingga kepada pemimpin-pemimpin seterusnya hingga pada hari ini .

    Walaubagaimanapun, setiap tulisan yang dihasilkan hendaklah merupakan satu karya yang membina yang dapat menegakan peradaban masyarakat, sebaliknya bukan untuk meruntuhkannya dengan tujuan mencela atau menghina pihak tertentu.

    Menggunakan bahasa dan daya imaginasi yang tinggi untuk melahirkan sabuah karya sangat disanjung tinggi namun, biarlah imaginasi itu ada arah tuju yang baik dan bukanlah sebaliknya

    Surah Al Shzab : 70-71

    Maksud:
    “Wahai orang yang beriman , takutlah akan Allah. dan katakan kata-kata yang betul nescaya Allah akan menjadikan amalmu baik . Dan akan diampuni dosa-dosa kamu

    ahli priskologi sering mengatakan bahawa tuturkata yang dikeluarkan oleh sesaorang dapat diukur sejauh mana kemahiran, pengetahuan, buah fikiran , sopan santun , budi perkerti , pemarah , kasar , sombong atau kerendahan hati yang memilikii kualiti insan sebagai hamba Allah yang menghayati juwa kehambaan patuh dan tunduk .. yang menjaga tutur kata lidah berbicara dengan pertimbangan akal yang waras yang dianugerahkan oleh Allah SWT ..

    Dalam hal ini bijak bistari pernah berpesan “Berfikir itu pelita hati” pepatah melayu pula mengatakan kerana pulut santan binasa” jika di renung , kedua-dua memberi pengertian yang begitu mendalam untuk kita menjaga kesopanan dan percakapan seharian ..

    Maksud Hadits

    “Wahai orang yang beriman janganlah sesuatu puak (dari Kaum lelaki) memcemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain , kerana harus puak yang di cemuh itu lebih baik daripada mereka

    Surah al Ahzab :

  9. kuman Jam Besar says:

    Tapi aku lagi menyampah ada ke patut lantik Exco MPTI yang dah tak duduk teluk intan…..Mcm mana boleh jadi exco MPTI kalau duduk jauh …tak tahu le pulak ada bela hanturaya kat teluk intan…ni yang silapnya. Mcm mana le nak membela nasib org teluk intan kalau duduk jauh…..tapi apa nak buat ketua bahagian takut dgn exco ni….takut kena telanjang….bab hutang org , penyelewengan wang, exco seorang ni expert…tapi perangai nya…hanya Allah yang tahu…pirahhhhhhh….

  10. kuman Jam Besar says:

    Kita juga patut chek siapa anti ali baba, hutangnya keliling pinggang. Pakai syarikat org kencing hampir masuk lokap owner kerana tak bayar pekerja KWSP….la ni tak duduk teluk intan tapi berkokok menelanjang kan org lain….Anti Ali Baba ni bab telanjangkan org pandai tapi dia lupa dia dulu pun telanjang sama….Ingat satu masa duduk ketika anti ali baba bertanding NKB politik wang juga…tapi lebuuuuuuhhh, duit orang ambil tapi tak bagi undi…kena kencing terang-terang……lepas tu bertanding sekupang pun tak nak keluar pasal dah belajar kena kencing sehancing hancingnya…….akhirnya politiknya berkubur kerana cakap tak serupa bikin……orang semua tak betul , dia aje yang betul…..sekarang ni duduk bawah ketiak ketua mentari……kaya le harapnya..

  11. Mak Intan says:

    Betul tu, orang tk intan semua dah tahu lama. Cuma yang buta atau yang ada kepentingan peribadi sahaja tak tahu atau BUAT BUAT TAK TAHU.

  12. wira teluk inntan says:

    bukan geli nak jadi calon… dah org mintak dia berucap,, nak kate ape,, takkan tim.bahagian nak berucap jugak walhal dia hanya di jemput utk hadir saje, bukan tuk berucap.. tak payah le nak cakap macam tu,, kalau kome pun dibg peluang pun nak jadi calon jugak. tu rezeki allah yg bagi . kome sape nak menolak qada dan qadar ketentuan allah… rakyat blh menilai yong sape yg terbaik dikalangan terbaik.. jgn hanya gah pada jawatan je,…

  13. wira teluk inntan says:

    hanya Allah yg tau sape yg hina dikalangan manusia,,, jgn sesekali melabelkan org dgn sesuka hati…ingat kita semua akan mati,,, setiap amal ibadat kita dihitung,, kalau berdoa kepada allah kita blh minta ampun kepada dia… tp kalau kita berbuat dosa kepada sesama manusia, letih kita nak cari org tu kat padang masyar nak minta maaf.. sepatutnye kita membantu pemimpin kita yg ada untuk menolong bangsa kita sendiri, bangsa kita sekarang ni dah berpecah dek org macam kome ni asyik nak rebut jawatan je,, ape guna jawatan kalau tak reti buat keje… jgn bila negara dah diperintah oleh bangsa lain baru nak menyesal….

  14. wira teluk inntan says:

    kome pun kenapa bimbang kalau tim. bahagian tak dapat jadi calon,, kome pun ade fishball di sebali spagetti,, takut tak dapat projek ke.. tak dapat tumpang tui..

  15. ayub says:

    Asalamualaikum Sahabat-sahabat yang budiman lagi dirahmati Allah hendaknya .. nikmat yang paling besar disisi Allah adalah taufik/ hidayah dan rahmah Allah namun ianya bukan lah mudah dimiliki setiap insan yang bernama manusia .. tetapi mudah dimiliki bagi insan yang mempunyai kualiti keinsan yang tinggi .. roh kesedaran yang mengalir kedalam diri insan membolehkan ianya menghayati jiwa hamba yang merupakan patuh dan tunduk terhadap penciptanya .

    Penentuan stutus insan sebagai hamba adalah rahmah yang amat besar bagi membolehkan insan memiliki jati diri dan kualiti diri . Kualiti insan dalam konteks hubungan dengan Allah dan Manusia . Kepatuhan dan ketaatan adalah kunci membangunkan diri, keluarga, masyarakat, sistem dan negara supaya terus berada dalam keadaan fitrah. Wujudnya konflik, perpecahan , pertelingkahan , tidak sepakat , lunturnya uhkhwah berpunca dari tiada jiwa hamba yang mendidik asas patuh dan taat kepada Allah yang membawa hikmah terhadap diri dan orang lain.

    Faktor dalam diri banyak memainkan peranan terhadap faktor di luar diri. Kualiti nafsu dalam stutus mutmahinnah(gambaran jiwa yang tenang) atau kualiti nilai dalaman diri yang teguh dengan sifat mahmudahnya membolehkan pengawalan dan pengurusan dalam diri dan luar diri berlaku dengan baik dan seimbang. Contohnya sifat jujur , ikhlas, amanah, telus, tulus, adil, timbangrasa, bijaksana dan seumpamanya yang memberi gambaran baik stabil dan ceria berlawanan dengan sifat tercela disisi Allah seperti sombong , bongkak , irihati , dendam kesumat , pemecahbelah , pengumpat , penting diri .. ia adalah cerminan jiwa hina yang tidak mengikut fitrah .

    Al-Quaran ikutan kita , Nabi Muhamad rasul junjungan Allah adalah adalah nabi akhir zaman penghulu segala nabi .. terkandung didalam shahadah tauhid kita , Islam agama suci kita , muslimin dan muslimat adalah saudara kita .. marilah kita kukuhkan tali persaudaran kita .. ” Bandingan Orang Mukmin yang cinta-mencinta dan berkasih sayang adalah laksana satu badan bilamana satu anggota merasa sakit maka berajak-ajakan lah seluruh anggota berjaga malam ” mohon keampunan terhadap Allah dari sifat lalai dan alpa serta kelemahan yang membawa kemurkaan Allah , mohon maaf kepada semua saudara seislam .. moga sentiasa diadal taufik dan hidayah Allah .. amin wassalam

  16. TinggalUMNO says:

    Setelah diteliti segala pandangan ….. maka sudah tiba masanya untuk kita semua tinggalkan UMNO seperti mana yang Dr Mahathir nyatakan…. UMNO sudah busuk sampai ke usus. Marilah sama-sama tinggalkan UMNO dan kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar. Carilah parti yang berjuang atas dasar Islam yang mulia.

  17. seruan insan says:

    itu yg dikatakan nak menangok di air keroh kalau pun nak kembali kejalan yg benar parti mana nak di ikut nak ikut DAP memang dah kafir laknatullah….nak ikut PKR ni lagi satu parti diawangan kepala tak sampai ke langgit kaki tak sampai ke bumi maka dia nak yg tenggah ajer,,,,,,fikir ler sendiri…….ingat kan nak harap kan PAS satu2nya parti islam tapi malangnya lagi DASYAT dan DAJAL dibumi tanah melayu ini dari DAP PKR sanggup jadi baruah DAP yg dikatakan kafir laknatullah sanggup gadai kan islam sanggup gadaikan bangsa sendiri sanggup jadi lidah biawak asalkan apa yg di hajatkan sampai dan puas hati walaupun anak bini tergadai ini lah sikap orang2 PAS sekarang tak kira apa nak jadi,,,,,,,,jadi lebih baik kita kembali kejalan yg benar yg membawa kita kesejahteraan dalam hidup kita di bumi ALLAH ini dan yg mempertahankan hak kita orang2 MELAYU YG BERAGAMA ISLAM HANYA UMNO SAHAJALAH PARTI KITA DULU KINI DAN SELAMA LAMANYA….yang busuk itu kita cuci,,,,,yang sakit kita bagi ubat biar kita putih tulang jangan kita putih mata …….kita ingat kembali sejarah bagaimana datok nenek kita dulu yg di jajah……hanya penyatuan orang2 MELAYU sahaja yg dapat mempertahankan tanah melayu ini terus dijajah maka tertubuhnya parti UMNO (PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU) MAKA ASALKAN DIA MELAYU MARI KITA BERSATU MEMPERTAHANKAN ISLAM DAN ORANG2 MELAYU AGAR TIDAK DIJAJAH KEMBALI………..HIDUP MEYALU3X …..HIDUP UMNO3X ALLAH HUAKBAR3X………………………………

  18. matpanah says:

    Tun Mahathir pun dah balik ke UMNO? So what?
    Nak ikut PAS? Sejak bila parti tu dokong ajaran Islam sebenar? Kalau setakat serlum jubah, sangkut ketayap hijau, kemudian menjerit-jerit atas nama Islam di pentas ceramah, tak cukup yeop.
    Pejuang Islam sejati tak meracau macam Nik Aziz, main campur aduk hukum politik dengan hukum agama.
    Pejuang Islam sejati tak meroyan macam Nizar hanya kerana hilang kuasa.
    Pejuang Islam sejati tak akan ber’tuan’kan pembohong besar dan pencetus bencana macam Anwar Ibrahim.
    Dan yang yang lebih penting; pejuang Islam sejati tidak akan mengubah dasar-dasar perjuangannya hanya untuk mengambil hati DAP puak yang terang lagi nyata memperkecilkan dasar tersebut.

    *Busuk UMNO masih boleh dijadikan ubat; tapi busuk PAS membawa mudarat*

  19. nonsman.com says:

    apa hal pulak dengan PAS ni……… pegi main jauh2 ler……… dah jadi munafikun tu ko teruskan ajer ler atas perjuangan ko yang akan di latnatialllah………maka kembali kita ke UMNO BAHAGIAN TELUK INTAN…… mesyuarat cawangan dah …..mesyuarat bahagian pun dah selesai jadi apa yg kita tunggu lagi…………. seruan dari PM untuk kita hadapi pilihan raya pun dah dibuanya maka apa dah jadi ngan BAHAGIAN TELUK INTAN??????? sunyi sepi ajer dah yakin MENANG KER????? ngapa tak digerakan lagi????? alamatnya nak kalah lagi ler ni……PEMUDA BAHAGIAN dah pun buat satu aktiviti atas nama pemuda barisan nasional yang mendapat sambutan diluar jangkaan yg di rasmikan oleh pengerusi barisan nasional…….tahniah kepada pemuda…….pemuda dah mengorak langkah untuk hadapi pilihan raya…..ada lagi aktiviti yg dirancangkan oleh pemuda khabarnya……………. maka pemuda wajib meneruskan aktiviti seterusnya…..nak dijadikan cerita satu musibah berlaku di KG TERENGGANU….kebakaran…….. hangus 14 buah rumah dan 6 buah rosak teruk jadi bersatu lah ahli2 UMNO untuk menolong mangsa2 kebakaran……tapi malangnya ada jugak yang mengambil kesempatan……siapa?????? itu kita kena carilah sendiri nak tulis dalam bukan tak boleh,,,,takut kecik hati pulak ler orang tu biarkan dia ngan perangainya…….disitu kita mampak semua ahli OMNO bersatu padu …..jadi ngan sikap ini ler kita wajib teruskan bersatu kita bersatu…….apa dah jadi dengan PUTERI……SENYAP AJER…..DAH KENA BELI KER????? siap yang beli tak tahu ler……bukan apa sajer nak tanya kerana diam ajer????? ni WANITA…..apa dah jadi …..dah tak der modal ker nak buat aktiviti????……atau dah jemu buat aktiviti????? kita ni dah dekat ngan pilihan raya jangan pulak WANITA NAK BOIKOT PILIHAN RAYA……bunyinya tidak tapi gayanya ada maka fikir2kanlah apa akan jadi kalau kita menyerah sebelum melawan….lebih baik tido ajer kat rumah..dan jangan peduli apa kan jadi……BAHAGIAN PULAK MACAM MANER??????? ADA AKTIVITI KER???.. KALAU TAK DER ……..MAKA MEMANG HANCUR LER BAHAGIAN TELUK INTAN INI…..TEPAT LER APA YANG DIKATAKAN ……MIMPI NGERI BAHAGIAN TELUK INTAN………KALAU DIRUMAH. BAPAK TAK GERAK MAKA TAK MAKAN LER ANAK2….BILA LAGI BAPAK NAK GERAK????? TUNGGU KAMPUNG TERGADAI KER? FIKIR2 KAN LER WAHAI KETUA BAHAGIAN….. .TIMBALAN KETUA BAHAGIAN…NAIB KETUA BAHAGIAN…PEGAWAI2 BAHAGIAN….AJK2 BAHAGIAN……WANITA BAHAGIAN……. PUTERI BAHAGIAN……SAYAP PEMUDA BAHAGIAN MAMPAKNYA BOLEH LER TAHAN TAPI KENA KERJA KUAT LAGI…….SAYA MENYERU KEPADA SEMUA AHLI UMNO SUPAYA DAPAT TURUN PADANG KERJA KUAT KITA KEMBALIKAN DUN CHAKAT JUNG KEPAD KITA INSYAALLAH…..MARI KITA BERJUANG UNTUK MASA DEPANG KITA DAN ANAK2 KITA DAN SETERUSNYA INSYAALLAH….AMIN AMIN AMIN..

  20. seruan insan says:

    UMNO OH UMNO…….UMNO BAHAGIAN TELUK INTAN…….Wahai semua ahli umno janganlah kamu leka…apa bila kamu leka maka pehak pembangkang akan mengambil kesempatan yg peliknya mengapa umno bahagian tk intan ini semakin teruk,,,saya pun tak faham kenapa??saya harap biarlah ketua bahagian yg jadi ketua,,,bukanya seteausaha yg jadi ketua kerana selama ini apapun keputusan yg di buat oleh SU ,,,,,SU ni banyak orang benci dan meluat sehinggakan digelar aleh kebanyakan ahli umno SI KETOI…Dalam sejarah melayu tubangnya melaka dan hancurnya melayu melaka atas berbuatan dan kianatnya SI KETOI,,,jadi janganlah sampai umno in jadi mangsa SI KETOI dan tumbang untuk kali kedua,,,,itulah bunyi ceritanya….kalaulah ketua ada hati dan perasaan untuk menjadi pejuan dalam umno sebagaimana yg dikatakan apa bila memberi ucapan maka ketua kena faham kehendak ahli…….banyak orang berkata SU NI AHLI PAS SEUMUR HIDUP BETUL KER??? SAYA MEMANG TAK TAHU ORANG AJER BERCAKAP DAN MEMBERI KENYATAAN…BANYAK DAH SAYA DENGAR…YANG LEPAS PUN BAGI UNDI KAT PAS BETUL KER?…JADI KALAU TAKDA ANGIN MASAKAN POKOK BERGOYANG….FIKIRKANLAH WAHAI KETUA BAHAGIAN DAN JANGAN JADIKAN TELUK INTAN INI MASA DENGAN APA YANG DIBUAT OLEH SI KETOI DULU. kita langkah bagai panglima kita serang habis2san jangan kita leka lagi biar apapun halangan kita tentan bersama membujur lalu melintang patah,,,,,UMNO HO UMNO

  21. naman says:

    kalo betui umno buat kerja, sila ambil tindakan sewajarnya pd kedai mesin judi,dah berlambak2 kedai judi ni, ramai budak umno yg terjebak dgn judi tu, baru org nampak umno buat kerja

  22. Panah Arjuna says:

    MIMPI NGERI UMNO TELUK INTAN JADI ” KENYATAAN ”

    Nantikan pendedahan ” EKSKLUSIF ” dalam masa terdekat !!!!!!!!!!

    fikir-fekirkan dahulu siapa…. Ketua Bahagian atau Timbalan Ketua Bahagian atau
    Naib Ketua Bahagian atau Setiausaha atau Ketua Penerangan atau Bendahari

    Nantikan……

  23. Panah Arjuna says:

    Kepimpinan Tertinggi UMNO Bahagian Teluk Intan terlibat didalam
    SALAH GUNA KUASA untuk kepentingan kroni……………………..

    Pendedahan penuh dalam tempoh terdekat. Nantikan. !!!!

  24. Mat Perak says:

    Tahniah kepada MB Perak dan PERINGATAN kepada pemimpin
    UMNO Teluk Intan.

    MB dah kata, JANGAN BODEK NAK JADI CALUN..

  25. Panah Arjuna says:

    SPRM telah mula buka fail……

  26. Tok Ketua Kampong says:

    Naib Ketua Bahagian UMNO Teluk Intan buat pesta makan durian di SK Kg Bahagia.

    Ramai orang datang, tapi cukup kah dengan pesta makan durian orang Kampung Bahagia
    akan menyokong UMNO. Ramai yang hadir hanya tunjuk muka dan makan. Nampak sangat
    UMNO Bahagian Teluk Intan tak bersatu. Ketua Bahagian dengan konco-konconya puteri, setiausaha
    Bahagian dan Bendahari. Timbalan Ketua sibuk dengan baju ahli majlis. Naib Ketua Bahagian dengan juak-juaknya. Pendek kata dalam satu majlis ada banyak puak. Inilah hakikatnya UMNO Teluk Intan.

  27. Orang Muda says:

    Kepimpinan tertinggi UMNO Bahagian Teluk Intan telah dipanggil oleh Timbalan Presiden UMNO Malaysia. Maka, hadirlah Tok Ketua Bahagian, Bentara Timbalan Ketua, Temenggong Naib Ketua, Panglima-Panglima yang terdiri daripada Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri dan tidak ketinggalan SI KITUL ( Setiausaha Bahagian ).

    Maka bertanyalah oleh Timbalan Presiden UMNO Malaysia yang juga TPM akan prestasi kepimpinan UMNO Bahagian mengikut lapuran yang di terima. Jawap si Setiausaha Agong UMNO Malaysia, lapuran yang diterima Ketua Bahagian sombong, tidak mesra rakyat dan kurang turun padang.

    Apa lagi, maka melentinglah si Tok Ketua Bahagian lalu berlakulah pertengkaran diantara sesama mereka yang hadir berkaitan isu melobi nak jadi calun. Tidak bersatu dan bersefahaman didalam kepimpinan bahagian…… Hai UMNO, bilakah nak berubah. Maka teringatlah teman akan kekalahan Datuk Idris Hashim semasa PRU 12 yang lepas yang mana kalahnya dia berpunca dari tidak bersatunya kepimpinan UMNO Bahagian dan sabotaj dari kalangan ahli UMNO Bahagian itu sendiri. terutramanya Pengarah Pilihanraya DUN ketika itu Sdr Azhar Jamaluddin….

    Memang dah jadi sikap pemimpin UMNO, selagi tak mati tak mahu berhenti, kalau berhenti awal anak atau menantu mesti ganti… Ada peluang untuk rakyat mereka sapu bersih dulu…. Awas MUSUH DALAM SELIMUT.

  28. tan seng huat junior says:

    bagi Naib Ketua Pemuda sahajalah jadi calon…amacam?

  29. Panah Arjuna says:

    SPRM telah memulakan temubual dengan beberapa pemimpin UMNO Teluk Intan

    Kepada yang terlibat, bersedialah dengan jawapan-jawapan atau alasan……………

  30. Orang Muda says:

    Boleh ke mereka ini tidur lena atau sempat ke berhari raya. Jangan beraya dalam lokap sudah le, kesian anak bini mereka

  31. dinsman says:

    Nampaknya peminat-peminat UMNO Teluk Intan dah keletihan untuk menyerang. Ternyata strategi pegawai-pegawai UMNO Bahagian menjadi, tak kiralah sama ada ini memang strategi ataupun sebaliknya mereka tak tahu nak melayari alam maya ini.
    Pun begitu, percutian Aidil-Fitri di kampung halaman memberi peluang untuk mengetahui lebih banyak kisah-kisah UMNO Bahagian. Rata-rata kebanyakan ‘peminat’ UMNO Bahagian tak setuju, atau lebih radikal meluat dengan pegawaipegawai yang ada. Tapi ironiknya, tidak pula peminat-peminat ini dapat memberikan gambaran siapa yang mereka mahu? Siapa yang sepatutnya jadi SU Bahagian kalau benci sangat dengan si Kitul tu? ( meminjam istilah mereka juga ) Siapa yang lebih pandai selain dari yang ada?
    Begitu juga dengan Bendahari. Siapa yang lebih banyak duitnya selain yang pegang jawatan sekarang? Bendaharilah yang sering ‘mendahulukan’ perbelanjaan UMNO Bahagian untuk buat program. Tak kisahlah duit dari mana, dan janganlah irihati pada beliau jika beliau dapat projek tanpa henti. Kebetulan dia jadi ahli majlis MPTI, tentu projek dalam tangan.
    Ketua Penerangan? Siapa yang lebih pandai bercakap selain dari Wak tu? Saya kenal sangat sebab satu kampung.
    Tapi tak mungkin kalau ada nama-nama lain yang boleh dicadangkan akan diambil pot oleh Datuk Ketua Bahagian sebab semua orang tahu, dialah yang paling berkuasa untuk melantik.
    Tak mengapalah kalau setakat nak calunkan sahaja, omong kosong kata orang Selabak. Mungkin kalau Firdaus Azmi boleh cadangkan beberapa nama supaya mungkin keadaan panas di UMNO Bahagian boleh reda
    Semua orang juga tahu, pegawai-pegawai ini boleh menaikkan ataupun membenamkan bos mereka seperti apa yang berlaku semasa Allahyarham Dato’ Mohd Arshad. Bagaimana Dato’ Onn boleh menang jika tanpa bantuan pegawai Dato’ Ashad sendiri? Jangan tolak kemungkinan untuk ini berlaku pada Datuk Idris. Masa tu janganlah baru teringat yang seseorang pernah jadi ahli PAS seumur hidup? Dah terlalu lambat!
    Cumanya sekrang ni kena fokus, siapakah yang boleh mengembalikan DUN Changkat Jong kepada BN? Jangan macam kami yang dah tergadai kampung di Selangor ni

  32. teropng ajaib says:

    Hari semakin hampir. Fajar PRU Ke 13 akan bersinar. Didalam bulan Ramadhan yang lalu banyak orang yang beribadah. Kini, syawal sedang menyinar. Banyak jamuan hari raya aidil fitri diadakan, Wanita, Puteri dan Pemuda mula mencairkan peruntukan RM 10K yang diberikan olih perhubungan umno negeri untuk program hari raya. Dengar beritanya dari AJK umno bahagian dapat RM 50K…..
    PNS dah bermesyuarat beberapa kali nak buat jamuan hari raya di Teluk Intan pada 25hb. Sept Sikitul ( su bahagian / tengah sibuk membuat persiapan menempah makanan ) tetapi yang menjadi pembekal ialah adiknya sendiri ( Katan Cafe ). tak habis-habis perangai lamanya. bilalah nak berubah agaknya. dahi dak berubah hitam dan naik berbisul, tapi perangai tetap tak berubah malah lagi teruk,. jangan peristiwa tahun lepas berulang lagi sudahlah sampai makanan habis dan tak cukup sebab bukan orang ramai datang, tapi memang pesan sikit dan yang lain pereuntukan yang disediakan diselit oleh su.

  33. Firdaus azimi says:

    Tahniah kepada Pemuda Bahagian kerana berjaya mengadakan aktivti Rumah Terbuka Hari Raya
    di Dewan Orang Ramai Kg Padang Tembak. Ramai tetamu dan penduduk kampung yang hadir.
    Harap dengan adanya aktiviti seperti ini UMNO Teluk Intan yang lesu akan bertambah mantap.

    Yang aku pening kepala, program Pemuda UMNO yang anjur tetapi yang berucap adalah Wakil Rakyat DUN Changkat Jong yang mewakili parti PAS. semoga yang tersirat akan tersurat.

  34. KutuPAS says:

    apa yang nak dihairankan dengan ANUAR SUDIN ?? org UMNO sesama UMNO pun bercakaran dalam mencari calon .jadi , Anuar Sudin mungkin nak cari tempat kot . sebab kali ni dia bukan lagi calon .

  35. mana lu punya pendedahan? Cakap sahaja bolehlah

  36. seo jakarta says:

    It’s a nice blog. Salam kenal ya….

  37. seo says:

    Salam mampir aja ah …

  38. hahahahahah…syok nya bila dapat tahu ada exco MPTI terima habuan RM100k dari syarikat hadware terbesar diteluk intan untuk lobi kerja menaik taraf dan membina bangunan baru ditapak lama MPTI. kepada exco tersebut diucapkan taniah..ya le nasib orang kan walaupun sekadar sebulan sekali atend meeting exco MPTI dapat ratusan ribu…Tapi game exco ni menarik bilamana dia buat aduan kaitkan exco MPTI yang terlibat tu pemimpin UMNO. Maka turunlah SPRM siasat tapi bila disiasat SPRM didapati pihak tertuduh tiada kaitan langsung. SENANG AJE SEMUA EXCO MPTI PERLU MEMBERSIHKAN NAMA SO BUAT LAGI LAPORAN KEPADA SPRM DAN BAWA SPRM BERSEMUKA DENGAN SYARIKAT HADWARE TERSEBUT DAN TANYA EXCO MANA SATU YANG SYARIKAT TERSEBUT BAGI CEK BERJUMLAH RM100K……rm100K TU……BUKAN SIKIT…Patut patut le kalau nak hidup senang tak payah lah ambil duit suap…macamana le anak nak berjaya kalau makannya, pakainnya, minumnya dari sumber HARAM…BETUL HARAMJADAH LE EXCO SEKOR NI…BUAT EXCO TERSEBUT : PELANDUK SELALU LUPA JERAT TAPI JERAT TAK PERNAH LUPA PELANDUK…Akhir kata TANIAH DAN SYABAS kepada EXCO MPTI yang bijaksana seorang ni kerana bijak ambil peluang…kayakayakaya dapat RM100 k…

  39. dinsman says:

    Saya macam tidak percaya pada kawan-kawan yang memegang jawatan Pengerusi JKKK @ Ketua Kampong bila mereka menyatakan bahawa UMNO Bahagian Teluk Intan tak buat sebarang program membantu kerajaan Barisan Nasional melaksanakan Bantuan Rakyat 1Malaysia. Rakyat kena pandai-pandai sendiri cari borang, isi dan hantar ke LHDN. Nasib baik LHDN ada buat kaunter khas termasuk Sabtu dan Ahad.
    Mana pergi Ketua Penerangan? Sibuk juga nak jadi calonke?
    Seorang kawan di UMNO Tapah bagitau ada pegawai LHDN datang bagi taklimat kepada semua Pengerusi JKKK dalam satu majlis di pejabat UMNO
    Kenapa jadi macam ni? Sedangkan ini kesempatan terbaik untuk UMNO

  40. dinsman says:

    Saya macam tidak percaya pada kawan-kawan yang memegang jawatan Pengerusi JKKK @ Ketua Kampong bila mereka menyatakan bahawa UMNO Bahagian Teluk Intan tak buat sebarang program membantu kerajaan Barisan Nasional melaksanakan Bantuan Rakyat 1Malaysia. Rakyat kena pandai-pandai sendiri cari borang, isi dan hantar ke LHDN. Nasib baik LHDN ada buat kaunter khas termasuk Sabtu dan Ahad.
    Mana pergi Ketua Penerangan? Sibuk juga nak jadi calonke?
    Seorang kawan di UMNO Tapah bagitau ada pegawai LHDN datang bagi taklimat kepada semua Pengerusi JKKK dalam satu majlis di pejabat UMNO
    Kenapa jadi macam ni? Sedangkan ini kesempatan terbaik untuk UMNO membantu rakyat menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan BN. Nampaknya keadaan kami di Damansara Damai lebih baik sebab Elizabeth Wong meronda kawasan menggalakkan rakyat mohon BR1M ni walaupun Nyonya PKR ni gunakan istilah lain “duit rakyat”
    Nasib orang-orang UMNO Teluk Intan agak baik sebab ada Ketua Kampong ysng prihatin dan bergerak sendiri. Berurusan sendiri ke LHDN, minta maklumat dan nasihat dari pegawai-pegawainya
    Lepas ni nak tengok siapa pegawai UMNO Bahagian Teluk Intan yang sibuk masa penyerahan baucar sebab esok, 15 Jan 2012, UMNO Bahagian Tapah akan buat Majlis Perasmian Peringkat Parlimen di Tapah

  41. supermak says:

    Selagi ketua bahagian berkuasa selagi itu mimpi ngeri umno teluk intan tiada pengakhirannya…dia hanya jaga kroni2nya sahaja ….untuk kukuhkan jawatannya sahaja…apa susuah jaga je ketua2 cawangan yg suka padanya,berikan projek2,tanah…dan imbuhan lain sbb itu dia terus berkuasa…siapa yg dpt habuan maka org tu bermati-matian mempertahanknnya.Tidak perlu sebut yg lain2,semuanya dikontrol oleh ketua bahagian..kalau bekerja demi parti apa salahnya peruntukan yg diberikan oleh pusat itu diagih-agihkan kepada wanita,puteri dan pemuda buat kerja…senang je arahkan je dan bg la modalnya..yg nk disimpan duit tu byk2 kenapa?sayang?macam duit tu bapak anda punya?apala teruk sgt perangai…jalankan saje amanah yg telah diberi..kan mudah jadinya..terkemut2 duit tu watpe?bukan org nk rompak duit andapun..

  42. PU 9 arJUNAL says:

    Salam buat semua….Keadaan UMNO bahagian teluk intan kian nazak dan nyawa nyawa ikan…Ketua bahagian lebih rela melihat kehancuran parti demi memastikan pesaing pesaingnya turut berputih mata…spesis ni lah yang menyebabkan umno kian lemah…bayangkanlah bahagian lain semakin sibuk membuat persiapan menjelang PRU ke 13 sedangkan umno bahagian teluk intan kian membisu dan kaku membatu…malah S/U bahagiaan yang juga merupakan Penyelaras Adun kian lancang mempertikaikan tindakan MB. saya masih prcaya umno masih boleh diselamatkan.Hari ini ramai hero yang cuba mempertahankan ketua bahagian berpaksikan Perpaduan..juak juak Onn ni memang cukup pandai berlakon….hari ini mereka bertindak barisan depan mempertahankan tindakan bodoh KB, walaupun mereka sedar tindak tanduk KB bahagian walaupun puak ni sedar tindak tanduk tersebut mengundang kemarahan dan kehancuran unmno….Hari ni juak juak onn ni semakin lantang memepertahankan ketua bahagian malah jangan ada pihak cuba pertikaikan sebarang tindakan KB walapun tindakan tersebut tidak menguntungkan parti…..Juak juak Onn yang hari ini mengelilingi pinggang KB harus ingat dan sedar bahawa org umno teluk intan tak pernah lupa lakonan mereka pada pilihanraya yang lalu ketika KB memangku serta menjadi calon DUN chkt Jong….juak juak ni lah yang mengumpul tanda tangan menyatakaan idris hasim korup, juak ni buat memorandun agar MB tidak calonkan Idris pada PRU ke 12…juaak ni juga mengatur rombomngan 2 buah bas ke kediaman MB agar idris disingkirkaan…juak juak ni juga memsabotaj idris ketika PRU ke 12…juak juak ni juga meletakkan jawatan naib ketua bahagian sambil disokong ajk bahagian agar UMNO teluk intan lumpuh dan serusnya harapaan jijik mereka ingin melihat umno teluk intan berkubur….malah juak ni juga bersumpah takan meenyokong idris walaupun bangkit mayat bapanya dari kubur…malah juak juak ni juga meraikan kekalahan calon BN bagi Dun Ckt jong pada PRU 12 sedangkan segelintir jentera parti mengalirkan air mata meratapi ketewasan calon BN…Tapi hari ni skrip berbeza, latar belakang pentas politik berubah, pendokong watak kian bercelaru, sinar umno teluk intan kian pudar, …….AYUH ORG UMNO TELUK INTAN BANGUN DAN TERUSKAN PERJUANGAN…..SAPA BUAT PROGRAM KITA SOKONG DAN RAMAIKAN ASALKAAN ORG YANG MENGANJURKAN PROGRAM BERBAJU UMNO DAN BERBENDERAKAN BN….calon hanya allah sahaja yang tahu……walaupun pembesar suara dengan sombong dan bongkak mengatakan idris calon BN 99.9%…kalau begitu calonnya maknannya peluang untuk tewas 99.99%…..

  43. kutuPAS says:

    hahahahahhahhahahhahahhahhahahhahahhahahha padan muka ko orang semua…..gayut lagi telo DIH dan Hj YA tu hancur ler UMNO BAH TK INTAN….bagus. maka jom ramai2 kita tolak dua ekor ni kedalam longkang baru ler selamat.juak juak tu belakun saja …..sebab tanah 100 ekar jadi terpaksalah gayut walaupun busuk……kakakakakakakakakkakakakakakakaka…..yang tua nak mampus pun pegang lagi jawatan…buat2 ler undorkan diri.tahu ler umno tu dulu kini dan selama lamanya. tapi jangan sampai umno teluk intan hancur baru nak letak jawatan……maka sedar diri awak tu dah tua…..ok maaf ler nasihat jer ok……bybybybybybyb

  44. Baca ulasan ni secara bersama dengan ulasan KutuPAS, dah dapat formula yang mudah kenapa BN tak perlu bermimpi nak tawan semula DUN Changkat Jong.
    Juak Onn ( Ajit Baharom, Mat Nor Felcra, Tajul Batu 4, E Darus, Sapari, Cikgu Halili, Wak Penerangan ) buat pusingan U untuk sokong KB sekarang dah boleh tahu apa tujuannya. Kelompok lnl boleh hidup walau sape pun jadi KB. Contoh paling mudah, SUB yang ada sekarang. Senang cakap, cuba buat jawapan sendiri kepada soalan ini : siapa yang ada di keliling KB yang pernah menyokong dan memilih Dato Idris jadi KB?
    Sekarang ni dah dengar cerita yang puak PAS pulak buat sembahyang hajat minta Dato Idris jadi calon BN. Tak percaya, tanya KutuPAS. Sebabnya mudah, Dato Idris adalah KB. Takkan nak bagi Azhar, takkan nak pilih Dato Bahar? Nanti juak Onn yang ada kat KB sekarang tentu akan sabotaj macam dia orang buat kat Dato Idris tahun 2008. Tapi Dato Idris tak perlu pilih orang sebab dia pun dah nak lemas, jadi tak kisah siapa yang baling pelampung.
    Satu lagi sebab mungkn juak-juak ni dah nampak Dato Idris makin mewah sejak jadi Ketua Pns, boleh tumpang tuah. Tengoklah keretanya, kalah wakil rakyat.
    Jadi janganlah salahkan sesiapa jika BN takkan mampu ambil balik Changkat Jong. Kita kena cari makan cara sendiri, cari bantuan cara sendiri. Tebalkanlah muka tu kalau nak duit Mayangke, projek Plb ke. Pandai-pandailah cari borang bantuan. Dapat bantuan nanti kena hadap juga KB sebab dia yang pegang semuanya.
    Kalau kenal rapat dengan Yb Anuar Sudin, tak payah minta apa-apa, jemput je kenduri tahlilke, doa selamatke, Ustaz tu akan sampai.

  45. Hai, hairan……….. Sdr Jamaluddin Osman kan ke AJK UMNO Bahagian yang juga bergayut pada HJ YA dan KB. Pemandu setia van UMNO sehingga terbalik dan hampir menemui ajal di Gerik semasa Pilihanraya Kecil DUN Kelantan.

    Apa dah jadi…… ? Juak-juak Hj Onn tu memang macam tu. Tapi mereka berjuang bukan untuk UMNO. Perjuangan merekaq untuk membuncitkan perut masih-masing. Tak cukup-cukup lagi makan hak orang ramai seperti Tanah Rancangan Felcra Sungkai Mati Fasa 3 dan tanah pinggir batu 12.

  46. Saya bukan Jamaluddin Osman yang bernasib baik menang Ajk tu. JO tu tak akan berbunyi walau sedikit sebab nyawanya di pejabat Umno Bahagian
    Yang menarik dalam tulisan Firdaus ialah kes tanah Felcra Sungai Mati yang telah dirompak oleh salah seorang Ajk Umno Bahagian hari ini. Dialah yang meletakkan suku sakatnya dalam senarai peserta Felcra yang berjaya dapat tansh tu. Dengar cerita, salah seorang peserta Felcra berkenaan masih berusia bawah umur pada ketika Felcra Sungai Mati ini diwujudkan. Paling hebat bila lot-lot yang berbaki ditawarkan untuk dijual sehingga RM20,000 satu lot. Tak percaya, cuba semak senarai peserta yang ada. Kalau ada peserta yang merupakan cikgu pencen beralamat Pekan Baru, dialah yang mengkhianati bangsanya sendiri dengan membeli lot Felcra tu dari penyangak yang dah diangkat jadi Ajk Bahagian.
    Anda akan bertanya, apa peranan Ketua Bahagian dalam hal ini? Dia tak akan buat ape-ape takut hilang undi.
    Inilah sebab utama juak-juak Onn ni berhempas pulas mendindingi Idris Hashim. Dengan harapan, Ketua Bahagian jadi calon, jadi Exco pulak tu. Cuba minta pandangan dari juak-juak ini, kalaulah Ketua Bahagian tu mungkin jadi MB pulak. Sudah tentu mereka senyum sendirian bawa kereta balik Ayer Hitam, Changkat Jong, Padang Tembak, Batu 4 Selabak.
    Dan jangsn lupa pulak, juak-juak ini juga akan jual Umno jika Ketua Bahagian ni tak dapat jadi calon kelak.

  47. Lelamajnun says:

    Dah lama tidak menulis tetapi tiba-tiba teruja nak menyelak Perak Today ni. Tajuk asal nak merebut atau merampas kembali DUN Changkat Jong rasanya dah hilang begitu sahaja akan tetapi kaitannya masih ada.
    Sementara ada pihak-pihak yang membangkitkan betapa sunyinya UMNO Bahagian terhadap persiapan pilihanraya, kita tak pernah membicarakan peranan sayap pergerakan, Wanita, Pemuda, Puteri. Kecuali Wanita, kalaulah sayap Pemuda atau Puteri nampak cergas, dah tentu timbul cerita kononnya Ketua Pergerakannya bercita nak jadi calon. Wanita ni bergerak macam mana pun, takkan dijeling oleh Ketua Bahagian sebab tidak akan menggugat kedudukannya. Semua orang tahu siapa yang ada dalam Wanita.
    Bercerita pasal aktiviti, Bahagian sahaja yang buat macam-macam sebab utamanya ada duit nak belanja. Pelbagai peruntukan yang boleh diterima, diguna atau dihabiskan sehingga parti-parti komponen melopong bawah khemah. Nama je peruntukan dari Pusat tetapi kegiatan hanya berkisar pada UMNO Bahagian sahaja sehingga banner dan cenderamata pun ada gambar Ketua Bahagian dan UMNO bukan logo dacing. Cubalah namakan satu program di bawah nama BN. Tak ada!
    Sebagai ahli Wanita, kadang-kadang terasa hampa dengan kaedah pembahagian peruntukan tetapi bila ada program untuk cari pengundi, Wanitalah yang akan dipuji untuk buat kerja. Ketua Wanita pun ikut dengan taat sebab jiwanya dah sebati.

  48. Ahli 1970 says:

    Assalamualaikum. Kepada semua ahli UMNO yang dihormati cuba renung kembali tujuan asal parti ini ditubuhkan oleh datuk nenek kita dahulu, ( tak payahlah teman jelaskan dengan panjang lebar ) sehinggakan kita mendapat limpahan nikmatnya sehingga kini. Punca perpecahan ahli UMNO ( bukan semua ) waktu kini dan akan datang ialah kerana sikap tamak haloba yang ada dan ingin mengaut kekayaan sebnyak-banyaknya atau lebih tepat sangat cinta dunia ( hubbun dunia) dan takut mati. Bila dah ada jawatan pulak banyak sifat2 mazmumah dilakukan seperti sombong , bongkak takabur dan sebagainya lebih teruk mengganggu gugat sehingga menyebabkan rumah tangga orang lain berkocak. Apakah ini perjuangan UMNO sebenarnya ? Kalau buat program pula ianya seolah-olah syok sendiri, muka tu muka tu juga yang hadir. Pada teman top six tu tak payah le jadi calon. Cari yang lain yang mempunyai sifat2 Mahmudah dan yang boleh berhujah dengan pembangkang mengenai tuntutan agama kita iaitu agama Islam dan boleh juga mendidik ahli UMNO tentang Islam yang mana kebanyaknya lalai tentang ini kerana asyik mengejar keduniaan semata2, jadi walau pun dapat banyak projek tapi tak berkat, dan tak cukup2 kerana dihabiskan dijalan yang mungkar dan tak diredai Allah. Pada semua ahli UMNO kembalilah ke pangkal jalan kerana masih belum terlambat.
    Jangan mencari kesalahan orang lain muhasabah diri InsyaAllah DUN Changkat Jong kembali ke UMNO tapi kalau kalah juga reda sajale jangan salahkan orang percayalah kepada Qada dan Qadar . Wassalamualikum

  49. 500k says:

    Panas, panas, panas…….. Berita lama tetapi baru terbongkar. Ahli sama ahli bercakaran, pemimpin atasan mempunyai pakatan.

    Dalam kegairahan menanti menjelangnya PRU 13, berbagai pihak berusaha untuk melobi menjadi Calun. Ramai yang berjawatan menonjolkan diri seolah-olah merekalah yang layak dan terbaik. Juak-juak mereka sibuk melobi,berbagai aktiviti memburukan diantara satu sama lain dibongkarkan.

    Ada juak Ketua Bahagian, ada juak Timbalan dan Naib Ketua tidak bolih bertemu mata dan akan sentiasa mempertahankan boss masing-masing. Juak-juak Hj Onn pula pandai mengambil kesempatan. Baru-baru ini timbul isu ada yang baru yang lama jangan dilupakan. Maka naik anginlah juak-juak calun yang baru mempertahankan boss nya dan mempertikaikan bahawa yang lama dah tak bolih pakai.

    Bila berlaku perdepatan, maka terkeluarlah kenyataan daripada juak-juak yang baru bahawa Ketua Bahagian berhutang dengan Timbalan Ketua sebanyak RM 500K. Mak datuk, 500K bukan sikit. Tapi ramai yang tak percaya kerana pada masa tersebut Timbalan Ketua belum lagi memegang jawatan selain daripada jawatan lantikan iaitu PA Ketua Bahagian. Nak dikatakan mewahpun tidaklah sangat, sekitar tahun 2005 hingga 2009 tahun malap bagi Timbalan Ketua (sekarang). Mustahil mampu meminjamkan duit sejumlah yang besar kepada orang lain.

    Mungkinkah isu ini hanya untuk memanaskan lagi isu politik tempatan dalam era melobi menjadi calun. Maka bertahanlah juak Timbalan Ketua yang berperanan sebagai ” Pengarah Operasi Kempen Calun ‘ dengan menyatakan bahawa mereka mempunyai bukti salinan cek dan salinan bank in slip. Kalau benar tampilkan bukti, biar pengundi menjadi hakim kerana zaman sekarang pengundi boleh menilai kebenaran. BERSAMBUNG……

Leave a comment

XHTML: You can use these html tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>