Laporan Eksklusif

Tujuh Tahun YPC Sumbang Bantuan Zakat Kepada Pihak Yang Memerlukan

Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) yang di Pengerusi oleh Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menerusikan legasi setiap tahun dengan menyampaikan bantuan Zakat Hari Raya kepada 665 orang.

Mereka yang terdiri daripada golongan anak yatim, pelajar istimewa dan golongan kurang kemampuan dari kawasan Cheras menerima bantuan dari YPC.

Bantuan berupa makanan, pakaian dan wang tunai bagi persiapan untuk Hari Raya Adil Fitri yang bakal menjelang tiba.

Acara penyampaian bantuan tersebut disempurnakan oleh Isteri Yab Perdana Menteri iaitu Datin Seri Rosmah Mansor di Pusat Rekreasi Cheras, pagi tadi.

Menurut Datin Seri Rosmah dalam ucapan perasmian menyeru seluruh masyarakat tidak kira sektor korporat mahupun badan bukan kerajaan agar menjadikan amalan sedekah sebagai amalan yang subur dalam kehidupan.

“Jangan jadikan ia sebagai One Off semata-mata apabila musim ramadhan..jadikanlah sifat sedekah itu tanpa syarat dan sebahagian daripada hidup kita,” kata Datin Seri Rosmah.

IMG_2014071049135

Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur terutama pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras iaitu Datuk Seri Syed Ali yang prihatin dalam menganjurkan majlis ini yang kali ke tujuh semenjak tahun 2008 lagi.

Tambah Datin Seri Rosmah, ” Ibubapa dan guru juga perlu menerapkan kepada anak-anak kita dengan ungkapan terima kasih serta menjaga keamanan yang dikecapi kita selama ini agar keadaan kita sentiasa aman dan makmur.”

“Dengan majlis sumbangan hari raya berkenaan diharap dapat meringankan beban serta dapat menyambut dihari lembaran dengan lebih bermakna,” Kata Datuk Seri Syed Ali ketika ditemui disidang akhbar selepas majlis berkenaan.

– GerbangPost

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");