Jenayah

Pejabat Aqsa Syarif di Gaza nyaris dibom

aqsa

SHAH ALAM – Pejabat NGO, Aqsa Syarif di Gaza nyaris menjadi sasaran bom pihak rejim Zionis yang melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas Palestin sejak Selasa lalu.

Pengurus Besar Aqsa Syarif Berhad, Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, beliau dimaklumkan berhubung perkara itu oleh salah seorang daripada tiga kakitangan Aqsa Syarif di sana, kelmarin.

“Saya dimaklumkan pejabat kami antara bangunan yang akan dibom oleh pihak Israel.

“Susulan itu, ketiga-tiga kakitangan kami diminta mengosongkan pejabat dan berpindah ke lokasi lain yang belum dipastikan,” katanya, semalam.

Beliau bagaimanapun masih belum mengetahui keadaan terkini ketiga-tiga kakitangan tersebut kerana masih belum dapat menghubungi mereka.

“Setakat pagi tadi (semalam), kami masih boleh berhubung melalui aplikasi WhatsApp dan mereka hanya memberitahu berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Sementara itu, katanya, susulan serangan itu, pihaknya melancarkan kutipan bantuan kecemasan Ramadan menerusi operasi Badar bagi bantu rakyat Palestin.

Menurutnya, setakat ini kutipan diperoleh untuk Ramadan berjumlah RM400,000.

Katanya, sumbangan boleh disalur menerusi akaun Maybank, 551575-004299 atau Bank Islam, 1209-2010034904 dan sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-87334636 atau e-mel [email protected].

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");