Sukan Hari Ini

Terima kasih Liverpool!

suarez

London: Liverpool sudah bersetuju untuk menjual penyerang Luis Suarez kepada Barcelona dengan bayaran £75 juta (RM409 juta).

Pemain Uruguay berusia 27 tahun itu yang menjalani penggantungan empat bulan kerana menggigit pemain Itali, Giorgio Chiellini pada Piala Dunia, akan menandatangani kontrak lima tahun.

Suarez yang menjaringkan 31 gol musim lalu, akan terbang ke kelab Sepanyol minggu depan untuk ujian perubatan.

Liverpool turut mengesahkan Suarez akan meninggalkan kelab itu selepas segala urusan perpindahan dipersetujui dengan Barcelona. Pemain itu kini diberi kebenaran untuk melengkapkan perpindahan itu.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Luis kerana sumbangan dan peranan yang dimainkannya dalam membantu bola sepak Liga Juara-Juara kembali ke Anfield. Kami di Liverpool mengucapkan Luis dan keluarganya selamat maju jaya di masa depan,” kata kelab itu dalam laman web rasmi, Liverpoolfc.com.

Suarez pula berkata, dia meninggalkan Liverpool dengan hati yang berat untuk menjalani kehidupan dan cabaran baru di Sepanyol.

“Saya dan keluarga sudah jatuh cinta dengan peminat luar biasa kelab ini. Anda selalu menyokong kami dan kami tidak akan melupakan kenangan manis bersama, kami akan sentiasa menjadi penyokong Liverpool.

“Saya harap anda memahami mengapa saya membuat keputusan ini. Kelab ini melakukan segala yang terdaya untuk mengekalkan saya, tetapi bermain dan tinggal di Sepanyol, tempat tinggal keluarga isteri, sentiasa menjadi impian saya. Saya fikir masanya sudah tiba.

“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada Brendan Rodgers dan pasukannya. Kelab ini berada dalam tangan hebat dan saya pasti mereka akan berjaya sekali lagi musim depan. “Saya berasa bangga kerana dapat memainkan peranan membantu Liverpool berada dalam kelab elit Liga Perdana selain kembali beraksi Liga Juara-Juara.

“Terima kasih sekali lagi kerana saat-saat indah dan memori manis. You’ll Never Walk Alone.”

– Agensi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");