Sukan Hari Ini

Ambil iktibar kekalahan Brazil

sergio

SERGIO Aguero berkata, Argentina perlu mengelakkan kesilapan apabila berdepan Jerman sekiranya berhasrat mengalahkan lawan dari Eropah itu di pentas final Piala Dunia.

Katanya, mereka perlu mengambil iktibar daripada kekalahan memalukan Brazil yang dibelasah 1-7 oleh Jerman.

Pertembungan Argentina dan Jerman di Maracana, awal pagi Ahad ini mengulangi perlawanan akhir edisi 1990 di Itali.

Dalam pertemuan tersebut, Argentina yang merupakan juara bertahan tewas 0-1 kepada Jerman.

Pada edisi 1986, pasukan dari Amerika Selatan itu mengalahkan Jerman 3-2 di Mexico.

“Kami akan cuba berikan yang terbaik dan elak daripada melakukan kesilapan sama seperti di Afrika Selatan pada 2010.

“Kami juga perlu elak berikan mereka sepakan percuma kerana Jerman amat berbahaya dalam situasi bola mati.

“Jika mereka jaringkan gol awal, ia sudah pasti meranapkan segala apa yang kami rancang,” kata penyerang Manchester City itu.

Pada masa sama, Aguero menganggap Argentina turun sebagai pasukan underdog di Maracana.

“Sejak awal lagi, Jerman dan Brazil dianggap pasukan pilihan menjuarai Piala Dunia kali ini.

“Sekarang pun tetap sama dan situasi itu menguntungkan kami kerana Jerman lebih tertekan berbanding Argentina,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");