Sukan Hari Ini

Proses pantas

chong wei 1

Kuala Lumpur: Latihan kecergasan mampu membantu Datuk Lee Chong Wei pulih dan bersedia bagi beraksi dalam mana-mana kejohanan.

Perkara itu dijelaskan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz yang sentiasa memantau proses pemulihan pemain nombor satu dunia itu.

“Hari demi hari kita akan lihat perkembangannya, apa yang boleh dilakukannya, tapi paling penting latihan kecergasan,” katanya pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kelmarin.

Chong Wei terpaksa melupakan hasrat meraih emas hatrik di Sukan Komanwel 2014 Glasgow selepas mengalami kecederaan lama iaitu kekejangan otot yang memaksanya menarik diri dari temasya itu.

“Dia sudah mendapat rawatan sebelum ini dan kini kami hanya pantau perkembangannya, namun terlalu awal untuk membuat keputusan sama ada dia akan beraksi di Kejohanan Dunia.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");