Jenayah

Gagal hantar syabu hampir RM600,000

Sungai Petani: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah membongkar kegiatan mengedar dadah jenis syabu yang disorok dalam sebatang kayu berlubang selepas menyerbu sebuah bot di perairan Batu Feringgi, Pulau Pinang pada Rabu lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 2 petang, dadah seberat 3,065 gram bernilai RM582,350 itu ditemui dimuatkan dalam tiga kotak.

Pengarah JKDM Kedah Datuk Abd Aziz Abdul Latif berkata, batang kayu terbabit ditemui di atas enjin bot yg ditutup dengan beberapa tong air dan minyak.

Menurutnya, dadah terbabit dipercayai cuba dibawa keluar dari negara ini untuk dihantar ke negara jiran.

Katanya, tiada tangkapan dibuat dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk tindakan lanjut.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");