Laporan Eksklusif

Nahas MH17: Siapa punya angkara?

angkara siapa

KIEV – Angkara siapa? Seluruh penduduk dunia kini terarah kepada tragedi nahas pesawat MH 17, Boeing 777 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Pesawat malang membawa 283 penumpang dan 15 kru itu dikatakan ditembak kumpulan pemberontak pro-Russia di Donetsk iaitu wilayah pemberontak Ukaraine.

Sejurus kejadian itu, Ukraine dan Rusia saling menuding jari menuduh antara satu sama lain untuk bertanggung jawab terhadap kejadian itu.

Pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine menuduh kumpulan pemberontak pro-Rusia menggunakan peluru berpandu darat ke udara untuk menembak pesawat itu.

Ukraine tuduh Rusia

Sejurus kenyataan itu dikeluarkan, kemelut antara Kiev dan Moscow menjadi lebih teruk.

Tuduhan itu dikuatkan lagi apabila pesawat malang berkenaan dipercayai terhempas di perkampungan Grabovo, kira-kira 40 kilometer dari sempadan Russia iaitu kawasan di mana pemberontak pro-Rusia bergiat aktif dan mendakwa pernah menembak jatuh pesawat lain.

Tuduhan demi tuduhan dilemparkan Ukraine apabila Presidennya Anton Gerashchenko dalam Facebooknya berkata, pesawat B777 itu dipercayai terhempas berhampiran Donetsk dan  ditembak menggunakan sistem anti-pesawat Buk oleh pengganas dengan sengaja.

Selain itu, ada juga tuduhan mengaitkan cubaan Ukraine untuk menyalahkan kumpulan pemberontak pro-Rusia  secara konsisten.

AKAN MENYUSUL.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");