Jenayah

Ayah pulanglah…

meling

Kuching: “Apai (ayah) pulanglah… ayah janji nak bawa kami jalan-jalan ke Miri,” itu rintihan Maryline Sindun, 18, anak sulung kepada Meling Mula, 48, pekerja pemasang perancah sebuah syarikat minyak dan gas yang dipercayai antara penumpang pesawat malang MH17.

Maryline yang masih tidak dapat menerima kenyataan mengenai apa yang menimpa bapanya, hanya menangis ketika dihubungi dan enggan meneruskan perbualan.

Dia tidak sangka hasrat untuk berjumpa bapanya kelmarin tidak kesampaian, sebaliknya menerima perkhabaran buruk yang sehingga kini sukar dipercayai.

Dalam pada itu, isteri Meling, Sigut Kedit, 39, berharap pihak MAS segera memberi pengesahan rasmi bagi membolehkannya ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, dia merancang ke Kuala Lumpur untuk mengetahui perkembangan lanjut mengenai tragedi itu kerana semua maklumat berpusat di sana.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");