Perak Hari Ini

Tourism Malaysia Hargai Sumbangan Pengamal Media Di Perak

Pengamal media di negeri ini diraikan dalam majlis berbuka puasa secara santai yang dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan kebudayaan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi.

Dalam ucapan ringkasnya, Nolee Ashilin berkata, majlis itu dianjurkan bagi meraikan pengamal media yang banyak mempromosikan Perak dalam sektor pelancongan.

“Ini merupakan penghargaan kepada semua rakan media yang bertungkus lumus membantu kerajaan negeri mempromosikan sektor pelancongan selama ini.

“Terima kasih kepada semua media yang membantu sepanjang tahun ini kerana tanpa bantuan kalian pasti sukar untuk kami melakukan yang terbaik,” katanya lanjut.

Tambahnya lagi, pihak media Perak amnya telah memberikan kerjasama yang cukup baik sepanjang tahun ini untuk mengetengahkan Perak dalam sektor pelancongan.

Majlis diakhiri dengan pemberian sumbangan hari raya kepada rakan media yang hadir di Hotel Syuen dekat Ipoh, sebentar tadi.

Hadir sama, Pengarah Tourism Malaysia Perak, Ibrahim Seddiqi Talib.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");