Perak Hari Ini

90 Anggota TLDM Terima Sumbangan Hari Raya

Seramai 90 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerima sumbangan hari raya yang telah disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Sumbangan yang berbentuk wang tunai serta barang keperluan asas tersebut dihulurkan kepada anggota terpilih yang terdiri daripada saudara baru (mualaf) dan ibu serta bapa tunggal.

Bantuan tersebut disampaikan dalam Majlis Berbuka Puasa dan Program Qiamulail bersama warga TLDM di Masjid An-Nur di Pangkalan TLDM dekat Lumut, malam tadi.

Program tersebut merupakan satu program tahunan yang dianjurkan Menteri Besar yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor setiap kali tiba bulan Ramadhan.

Selain itu, majlis tersebut juga bertujuan menghargai pengorbanan anggota TLDM dalam mempertahankan kedaulatan maritim negara serta untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama umat Islam apatah lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Turut hadir sama, isteri beliau, Datin Seri Saripah Zulkipli, ADUN Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim dan Panglima Markas Selam dan Peperangan Periuk Api, Laksamana Datuk Pahlawan Sulaiman Mohamad.

Terdahulu, Zambry menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah bersama warga TLDM.

Majlis diakhiri dengan jamuan moreh dan penyampaian sumbangan duit raya kepada anak-anak warga TLDM.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");