Perak Hari Ini

Jerebu: Seri Manjung Catat IPU Sangat Tidak Sihat

Gambar hiasan:-

Sehingga jam 10 pagi tadi, kawasan Seri Manjung mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat.

Stesen pemantauan udara di kawasan itu merekodkan bacaan 215 manakala tiga lagi kawasan iaitu Kampung Air Putih, Taiping, SK Jalan Pegoh dan Tanjung Malim pula merekodkan bacaan udara tidak sihat.

Ketiga-ketiga kawasan itu masing-masing mencatatkan bacaan 114, 107 dan 115.

Manakala kawasan Jalan Tasek, Ipoh pula menunjukkan bacaan sederhana iaitu 87.

Bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, manakala 51 hingga 100 adalah sederhana, 100 hingga 200 (tidak sihat), 200 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan lebih daripada 300 adalah berbahaya.

Orang ramai yang ingin mengetahui berkenaan bacaan IPU semasa di kawasan masing-masing boleh melayari di portal http://www.doe.gov.my.

Sementara itu, orang ramai juga diminta untuk mengurangkan aktiviti di luar rumah bagi mengelakkan terdedah daripada sebarang peyakit yang boleh berpunca daripada jerebu dan pencemaran udara.

Mereka juga dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran sampah secara terbuka dan melakukan apa-apa aktiviti yang boleh menjadi menyumbang kepada berlakunya jerebu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");