Laporan Eksklusif

Pensyarah mesra pelajar

pensyarah

Kota Kinabalu: “Meskipun dikenali dengan sikap tegas, dia sebenarnya cukup bertimbang rasa termasuk memberi ‘masa tambahan’ sekiranya ada pelajarnya lewat menghantar tugasan,” kata bekas pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Susilawati Talip, 35, yang masih tidak mempercayai kehilangan pensyarahnya dalam tragedi MH17, Khamis lalu.

Susilawati yang kini bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Anib, Sandakan berkata, pensyarahnya Ng Shi Ing dikenali ketika menduduki subjek Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) UMS.

“Saya adalah pelajar kohort pertama PPG 2011 dan cukup rapat dengan mendiang kerana sudah bersama hampir tiga semester.

“Sepanjang mengenalinya, mendiang adalah seorang pensyarah yang peramah dan dianggap sebagai kawan sama ada di dalam atau luar kelas,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Susilawati berkata, dia hanya mengetahui Ng terbabit dalam nahas pesawat MH17 pada Jumaat lalu, selepas membaca mesej WhatsApp dihantar pensyarah yang rapat dengan mendiang kepadanya.

“Mendiang cukup dikenali sebagai pensyarah mesra pelajar apabila pintu pejabatnya sentiasa terbuka untuk berbincang mengenai pelajaran tanpa mengira masa.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");