Jenayah

Kutip kompaun RM4.5 juta

Putrajaya: Kompaun sebanyak RM4.5 juta dikutip Kementerian Kesihatan dari Januari hingga kini selepas melakukan pemeriksaan tempat pembiakan aedes di 2.5 juta premis termasuk kediaman dan kawasan pembinaan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kompaun paling tinggi banyak dikeluarkan kepada pemilik kediaman yang didapati mempunyai tempat pembiakan nyamuk aedes.

“Berdasarkan undang-undang, kompaun yang dikenakan kepada mereka ialah RM500, malah individu itu boleh dikenakan tindakan di mahkamah sekiranya gagal memastikan premis dan kawasan pembinaan mereka bebas dari tempat pembiakan aedes.

“Bagi kesalahan berulang pula, syarikat atau individu boleh dikenakan denda RM50,000 atau berdepan dengan tindakan penjara dua tahun atau kedua-duanya,” katanya pada mesyuarat bersama pengamal media mengenai denggi di sini, semalam.

Malah, Dr Noor Hisham berkata, notis penutupan turut diberikan sekiranya aspek kebersihan diabaikan termasuk wujud tempat pembiakan nyamuk di kawasan pembinaan.

“Sekiranya kita mendapati aspek kebersihan tidak dijaga, notis penutupan akan diberikan dan pihak pengurusan perlu mengambil tindakan membersihkan kawasan pembinaan itu.

“Kami meminta mereka melakukan pembersihan sehingga kawasan pembinaan itu bebas daripada tempat pembiakan nyamuk,”katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, kementerian menyasarkan untuk mengurangkan lebih 1,000 kes denggi setiap minggu terutama di kawasan panas seperti Selangor dalam masa dua bulan seperti yang disasarkan sebelum ini.

Katanya, langkah itu penting berikutan peningkatan kes denggi sebanyak 51,495 kes dengan 94 kematian, meningkat daripada 14,686 kes dengan 29 kematian pada tahun lalu.

Justeru, Dr Noor Hisham berkata, semua pihak perlu memainkan peranan dengan membantu dan bekerjasama bersama Kementerian Kesihatan dalam memerangi habis-habisan denggi di negara ini.

“Sekiranya kita boleh memperuntukkan masa kira-kira 10 minit setiap minggu untuk memeriksa rumah, premis atau melakukan gotong-royong bersama jiran, tempat pembiakan nyamuk aedes ini dapat dihapuskan,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");