Jenayah

Harap Zakiah bebas sebelum Aidilfitri

Gambar Hiasan :-

Kota Kinabalu: Polis mengesahkan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) konstabel Zakiah Aleip yang diculik lapan lelaki di Pulau Mabul Semporna pada 12 Julai lalu, berada dalam keadaan selamat dan rundingan masih dilakukan sebagai usaha membebaskan mangsa dengan segera termasuk sebelum Aidilfitri ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, rundingan itu turut membabitkan pasukan keselamatan Filipina, namun enggan mengulas lanjut mengenai proses berkenaan.

“Saya tidak boleh memberitahu proses rundingan dijalankan kerana anda tidak berhak tahu.

Apa yang boleh saya katakan, rundingan tetap ada tetapi saya tidak boleh huraikan satu persatu.

“Setakat ini, ada panggilan telefon diterima kepada pegawai kita (polis) termasuk kepada isteri dan keluarga mangsa.

Keadaan beliau (Zakiah) dalam keadaan sihat dan selamat,” katanya selepas menghadiri Majlis Pelancaran Ops Selamat V 2014 Sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kontinjen Sabah di Segama Waterfornt, di sini, semalam.

Pada majlis itu, isteri Zakiah, Sharifah Erna Berson, 22, turut hadir dan menerima sumbangan sempena Aidilfitri.

Ketika ditanya sama ada anggota terbabit kemungkinan akan dibebaskan sebelum hari raya puasa kali ini, Jalaluddin memberitahu pihaknya akan cuba melakukan yang terbaik bagi membebaskannya secepat mungin.

“Insya-Allah…Saya cuba, namun saya tidak boleh janji.

Apa yang penting sekarang mangsa berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Sementara itu, Jalaluddin berkata, perintah berkurung membabitkan perairan di enam daerah di pantai timur negeri yang sudah dikuatkuasakan sehingga 2 Ogos depan, berada dalam keadaan terkawal.

“Keadaan seluruh kawasan yang diisytiharkan termasuk di Pulau Mabul (Semporna) juga terkawal.

“Sejak diisytiharkan pada 19 Julai lalu, tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku dan semua penduduk mematuhi arahan ditetapkan,” katanya.

Terdahulu, Sharifah berkata, kumpulan penculik dapat membebaskan suaminya sebelum hari raya puasa kerana anak kami sangat merinduinya.

“Setiap hari saya berdoa supaya suami dibebaskan segera.

Saya minta penculik membebaskan segera suami saya kerana dia hanya menjalankan tugas,” katanya.

-MEtro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");