Sukan Hari Ini

Macam pelarian

Rashid Sidek

Kuala Lumpur: Tidak tahan melihat pemainnya berlatih seperti pelarian, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menggesa Perbadanan Stadium Malaysia menyegerakan usaha membaik pulih lampu di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Menurut Pengurus Besar BAM Kenny Goh, hingga kini masalah lampu yang mungkin berpunca daripada litar pintas masih belum selesai dan pemain yang tidak beraksi di Sukan Komanwel 2014 Glasgow terpaksa berlatih di gelanggang luar.

“Anda harus menelefon Perbadanan Stadium Malaysia, jangan tanya kami bila masalah ini akan selesai,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sebelum ini persiapan skuad Sukan Komanwel sedikit terjejas apabila pemain perseorangan dan beregu terpaksa berlatih secara berasingan.

“Selepas ini mungkin ada kem latihan Kejohanan Dunia 2014 Copenhagen, kami akan melakukan cara sama ketika persiapan Piala Thomas 2014 Mei lalu,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");