Membawang Hari Ini

Razak bukukan pengalaman

razak

Pendedahan me­ngenai dunia pe-ngarahan kini dilihat semakin meluas apabila pelbagai kelas dan kursus diadakan bagi mereka yang meminati bidang itu.

Walaupun pengarahan drama dan filem berbeza, namun permulaannya tetap sama.

Hasil pengalaman lebih 20 tahun mengarah filem, Dekan Fakulti Filem, Teater & Animasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Prof A Razak Mohaideen menghasilkan buku berjudul Pengarahan Filem.

Buku dihasil-kan untuk pelajarnya itu turut dijual kepada orang ramai yang meminati dunia pengarahan dengan harga RM25.

Pelbagai aspek dikongsikan Prof Razak yang sudah 23 tahun bergelar pensyarah dalam selok-belok mengenai kerja di belakang tabir.

“Saya mengambil masa hampir 10 tahun menghasilkan buku ini. Baru kini terhasil selepas saya membuat banyak kajian terhadap pengarahan yang saya lakukan. Tidak kira drama mahupun filem, semuanya terkandung di dalam buku ini.

“Saya yakin banyak perkara yang tidak diketahui oleh mereka yang meminati pengarahan dan mereka mahu melakukannya boleh mendapatkan buku ini sebagai panduan.

“Tujuan utama buku ini dihasilkan sebenarnya lebih kepada membantu pelajar di bawah fakulti saya untuk mendalami bidang pengarahan.

“Namun begitu, saya yakin sekarang ini semakin ramai anak muda yang mula menunjukkan minat mengarah. Tambahan pula dengan kewujudan pelbagai produksi yang menerbit-kan drama dan filem, saya yakin buku ini dapat membantu mereka,” katanya yang pernah menerima Anugerah Seni dan Kreativiti pada majlis Anugerah Akademi Negara 2011 dan 2012, tahun lalu.

Prof Razak berkata, pe-ngalaman menghasilkan 34 filem turut dikongsi di dalam buku ini. Baginya, mengarah drama dan filem sama saja, bezanya penggunaan jenis kamera saja.

“Banyak perkara yang harus diteliti sebenar­nya apabila kita me-ngarah. Nampak seperti mudah apabila duduk di kerusi pengarah, kemudian melihat skrin dan memberi arahan. Namun, ia sebenarnya memerlukan pemerhatian yang lebih terperinci apakah sudut menarik yang sesuai digunakan dalam sesuatu babak
itu.

“Ada 10 bab di dalam buku ini, setiap bab yang diterjemahkan saya harap dapat memberi lebih keyakinan kepada mereka yang mahu bergelar seorang pengarah satu hari nanti.

“Sebagai pensyarah, mana-mana universiti juga sangat menggalakkan kami untuk menghasilkan buku masing-masing. Saya harap buku Pengarahan Filem ini memberi banyak manfaat kepada semua terutama sekali pelajar di bawah fakulti saya,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");