Jenayah

Lelaki disamun kumpulan berpistol

Shah Alam: Seorang ahli perniagaan menghadapi dua minit tergetir dalam hidupnya selepas disamun empat lelaki bersenjatakan pistol dan parang dalam kejadian di Seksyen U8, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, lelaki berusia lingkungan 40-an terbabit dikatakan sedang berjalan ke arah kenderaannya apabila dihampiri dua motosikal Kawasaki RR dinaiki empat lelaki yang kemudian meluru ke arahnya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, dua daripada empat suspek meluru ke arah mangsa sambil mengacukan parang dan juga pistol.

“Suspek mengarahkan mangsa menyerahkan semua barang berharga miliknya, dan mangsa yang ketakutan terus menyerahkan dompet berisi wang tunai RM800.

“Sebaik saja mangsa menyerahkan dompet berkenaan, suspek terus melarikan diri dan melepaskan satu das tembakan ke udara sebagai amaran,” katanya.

Azisman kemudian berkata mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dan bersenjata.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");