Jenayah

Lelaki milik pistol ditahan

Georgetown: Seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan selepas didapati memiliki sepucuk pistol yang mengandungi sebutir peluru dalam satu operasi di Jalan Ara Kuda, di sini, semalam.

Dalam operasi jam 4 petang itu, lelaki terbabit dilihat menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan polis.

Hasil pemeriksaan lanjut polis menemui sepucuk pistol yang disimpan dalam beg galas dibawanya dan semakan mendapati dia turut menunggang motosikal menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Nasir Salleh berkata, semakan juga mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau bersabit kes samun.

Menurutnya, ujian air kencing juga mendapati dia positif syabu dan suspek kini ditahan bagi membantu siasatan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");