Sukan Hari Ini

‘India pencabar utama’

perkampungan sukan

Glasgow: Mohd Hafifi Mansor tekad untuk memenuhi sasaran Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) meneruskan kutipan pingat emas pada temasya Sukan Komanwel.

Selepas Hidayat Hamidon meraih emas di Kuala Lumpur 1998, diikuti Amirul Hamizan Ibrahim (Manhester 2002) dan Faizal Baharom (Melbourne 2006 dan New Delhi 2010), sekarang giliran Hafifi pula melakukannya di Glasgow dalam kategori 69 kilogram.

“Prestasi saya semakin baik apabila melakukan tambahan bebanan angkatan. Saya harap dapat meneruskan tradisi emas ini secara berturut-turut,” katanya.

Namun dia mengakui pencabar dari India menjadi halangan utama kelak kerana mereka bijak merahsiakan atlet mereka.

PABM juga mengharapkan atlet muda Sabah berusia 20 tahun, Constantine Clement melakar kejutan dalam ketegori 62kg.

Dia memenangi tempat ketiga Kejohanan Remaja Asia di Thailand, Mac dulu dengan mengangkat bebanan 120kg snatch dan 150kg clean & jerk. Angatan itu yang melayakkannya ke Glasgow.

Constantine kemudian memecahkan rekod kebangsaan milik Naharuddin Mahayuddin dalam acara snatch dengan angkatan baru 127kg.

“Saya berada pada tahap kecergasan terbaik sekalipun berasa gugup menyertai kejohanan besar ini.

“Apapun saya harap fokus tidak terjejas pada hari pertandingan nanti. Saya juga mahu mengharumkan nama negara dan berada dalam kumpulan pemenang pingat emas seperti Hamidon, Amirul dan Faizal,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");