Membawang Hari Ini

Aeril, Wawa berehat sepanjang Ramadan

aeril dan wawa

Artis tanah air mengambil peluang untuk beramal dengan menganjurkan majlis berbuka puasa bagi meraikan ketibaan Rama­dan bersama golongan kurang bernasib baik.

Tidak melepaskan peluang itu, pasa­ngan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal turut meraikan 60 anak yatim dari Rumah Pangsa Baiduri dan Pahang, Shah Alam dalam majlis berbuka puasa, Sabtu lalu.

Dalam majlis yang disambut secara sederhana itu, kanak-kanak autisme dan anggota Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia turut gembira menikmati hida­ngan di Pak Li Kopitiam, Seksyen 18, Shah Alam.

Menurut pasangan pelakon itu, maj­lis itu sebagai usaha untuk meraikan serta membantu meringankan beban golongan kurang bernasib baik.

“Sempena bulan mulia ini adalah peluang baik untuk bersama-sama menganjurkan program amal seperti ini,” katanya.

Pada majlis itu, pasangan itu turut beramah mesra dengan tetamu yang hadir selain memberi duit raya kepada kanak-kanak.

Dalam perkembangan lain, Aeril dan Wawa memaklumkan mereka berehat sepanjang Ramadan ini bagi menunaikan tuntutan puasa bersama.

“Sepanjang bulan ini, kami tidak ke mana-mana mahupun melakukan aktiviti lakonan. Kami cuma menghadiri majlis berbuka puasa jemputan pelbagai pihak,” katanya.

Menurut pelakon berusia 27 tahun itu, sepanjang Ramadan ini, isterinya menyediakan hidangan berbuka jika tidak menghadiri jemputan maj­lis di luar.

“Kami ba­nyak meluangkan masa bersama keluarga di rumah, jadi jarang makan di luar. Disebabkan isteri mahu masak, saya beli buku resipi masakan Melayu untuk dia kerana cara penyediaannya ringkas.

“Malah, untuk sambutan Aidilfitri ini, saya turut meminta isteri untuk menyediakan rendang,” katanya.

Sambut Syawal di Kuala Lumpur

Pada hari raya pertama nanti, pasangan ini me­nyambut Syawal bersama ahli keluarga masing-masing di Kuala Lumpur.

“Saya, Wawa dan anak hanya balik ke kampung halaman di Johor pada Syawal kedua kerana tidak mahu terkandas dalam kesesakan jalan raya,” kata Aeril.

Namun, pelakon itu me­ngakui sedih kerana teringat­kan arwah ibu dan bapa­nya yang menghadap Ilahi tiga tahun lalu setiap kali menjelang Aidilfitri.

“Biasanya, orang lain apabila balik kampung mesti tak sabar nak jumpa ibu bapa. Sudah tiga tahun saya menyambut Aidilfitri tanpa kehadiran mereka.

“Tetapi, tahun ini, saya ada pengganti iaitu anak dan isteri yang akan sambut Aidilfitri bersama saya,” kata­nya.

Tambahnya, kehidupan­nya banyak berubah sejak kehadiran anak sulung, Ahmad Fakharuddin Attar dan perlu memberi banyak tumpuan kepada keluarga.

“Sekarang kalau membeli-belah kena memikirkan anak dulu. Pakaian pula kena sentiasa beli kerana anak semakin besar,” katanya.

Aeril jadi pengarah, Wawa jadi duta produk

Aeril bakal mengarahkan sebuah supertelemovie berjudul Omerta berkonsepkan ‘thriller’ dan pembunuhan.

“Saya mungkin akan berlakon juga. Setakat ini, kita masih dalam proses menghasilkan skrip,” kata­nya.

Berkongsi perkembangan terbaru kariernya, Wawa, 23, berkata, dia bakal muncul dalam dua telefilem berjudul Novel Fana yang akan ditayangkan pada Syawal kedua manakala Lambaian Kerinduan pada Aidiladha.

“Bermula hari pertama sehingga minggu kedua Ramadan, saya tidak terbabit dalam aktiviti lakonan dan meluangkan masa rehat bersama anak dan suami di rumah serta menunaikan ibadah.

“Mengenai karier pula, saya kini dilantik sebagai duta produk kecantikan keluaran Muslim, Blinq,” katanya.

Aeril dan Wawa turut dicalonkan kategori Pasangan Pujaan bagi Anugerah Melodi Galaksi RAP 2014 yang akan berlangsung hujung bulan depan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");