Perak Hari Ini

DS Zambry Terima Kunjungan Hormat Duta Jepun

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini menerima kunjungan hormat daripada Duta Jepun di Malaysia, Dr Makio Miyagawa.

Perjumpaan itu berlangsung di Pejabat Menteri Besar di Bangunan Perak Darul Ridzuan (SUK) sekitar jam 11 pagi tadi.

Perbincangan ringkas turut berlangsung antara kedua-dua belah pihak sejurus sesi bertukar cenderahati selesai.

Sementara itu, turut mengadakan kunjungan hormat ialah tiga Duta Besar Malaysia ke tiga negara yang terpilih.

Ketiga-tiga duta itu merupakan anak kelahiran Perak yang diberi penghormatan untuk mewakili Malaysia.

Mereka ialah Tuan Yang Terutama (TYT) Tuan Umardin Abdul Mutalib yang mewakili Malaysia sebagai Duta Besar ke Oman.

Turut membuat kunjungan hormat ialah TYT Bala Chandran Tharman yang dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Lebanon manakala TYT Datuk Nor Aini Abdul Hamid pula dilantik sebagai Duta Malaysia ke Uzbekistan.

Perjumpaan dan perbincangan ringkas diadakan sejurus pertemuan tersebut yang turut berlangsung di Pejabat Menteri Besar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");