Perak Hari Ini

MB Inc Anjur Majlis Berbuka Puasa Bersama Penduduk Kampung Degong

2

Menteri Besar Incorporated (MB Inc) hari ini menganjurkan majlis berbuka puasa bersama penduduk Kampung Degong, dekat Sungai Manik.

Majlis tersebut diadakan dengan kerjasama Pejabat Khidmat Masyarakat kawasan Dewan Undangan (DUN) Sungai Manik.

Menurut Ketua Komunikasi Strategik dan Perhubungan Amanjaya Holdings & Ventures, Farouq Shahibjahn yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc, majlis tersebut diadakan untuk merapatkan hubungan antara MB Inc dengan masyarakat tempatan.

“Majlis ini adalah salah satu inisiatif untuk kita melaksanakan tanggungjawab sosial korporat.

“Diharapkan dengan adanya majlis sebegini, hubungan silaturrahim antara penduduk setempat dan pihak MB Inc dapat dieratkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis berbuka puasa anjuran MB Inc bersama penduduk di Masjid Jamek Kampung Degong, dekat Sungai Manik, lewat petang tadi.

Turut hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak merangkap ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Sementara itu, dalam majlis tersebut, MB Inc bermurah hati untuk menyampaikan sumbangan duit raya kepada 14 peserta tadarus Al-Quran dari Masjid Jamek Kampung Degong.

MB inc turut menyumbangkan sejadah dan buah kurma kepada 150 penduduk sekitar yang hadir dalam majlis berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");