Jenayah

Kotak hitam: Segera lakukan analisis

tragedi mh

KUALA LUMPUR – Kotak hitam pesawat MH17 perlu dibuka segera dan dianalisis di makmal berhampiran lokasi kejadian bagi mendapatkan data rakaman penerbangan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi berkata, ini selaras dengan peruntukan undang-undang Pertubuhan Pengangkutan Awam Antarabangsa (ICAO) yang menetapkan mana-mana kotak hitam perlu dibuka dan dianalisis selepas ditemui.

“Ada beberapa makmal di seluruh dunia yang mampu menganalisa kotak hitam dan saya berpendapat makmal paling hampir adalah di United Kingdom.

“Ia adalah lokasi sesuai dan wajar kerana makmal itu mempunyai kelengkapan yang boleh digunakan pakar penyiasatan antarabangsa dan juga Malaysia.

“Ini juga bermakna, kotak hitam itu tidak perlu dibawa balik ke Malaysia kerana melanggar peratutan ICAO,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di sini, semalam.

Puak pemisah pro-Rusia di timur Ukraine dilaporkan telah menyerahkan dua kotak hitam yang ditemui di lokasi nahas pesawat kepada pasukan penyiasat Malaysia semalam.

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di timur Ukraine dekat sempadan Rusia pada Khamis malam.

Pesawat Boeing 777 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal itu dipercayai telah ditembak jatuh. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");