Sukan Hari Ini

Boleh lebih 7 emas: Khairy

khairy

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar percaya atlet negara mampu mencapai sasaran tujuh pingat emas atau mungkin lebih daripada jumlah itu pada Sukan Komanwel yang akan dibuka secara rasmi, awal pagi esok.

Saya yakin dengan semangat dan komitmen ditunjukkan atlet negara. Mereka mampu mencapai sasaran tujuh pingat emas dan mungkin lebih jika terus menunjukkan prestasi cemerlang pada hari pertandingan.

Jika kita berjaya mengatasi sasaran itu, ia adalah satu bonus buat kita, katanya ketika mengunjungi dan berbuka puasa dengan kontinjen negara di Perkampungan Sukan di sini, malam tadi.

Turut hadir Ketua Kontinjen Negara, Datuk Ong Poh Eng dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkeples Embong.

Malaysia menghantar 179 atlet membabitkan 104 lelaki dan 75 wanita yang mengambil 14 daripada 17 acara yang dipertandingkan.

Selamat bertanding

Acara itu adalah olahraga, akuatik (renang dan terjun), badminton, skuasy, tinju, angkat berat, gimrama, judo, boling padang, hoki, basikal, ragbi, menembak dan ping pong.
Pada Sukan Komanwel New Delhi empat tahun lalu, Malaysia meraih 12 pingat emas, 10 perak dan 14 gangsa, kutipan paling banyak diperoleh sepanjang penyertaan dalam temasya itu.

Khairy juga berpuas hati dengan penginapan atlet di Perkampungan Sukan di samping jadual latihan harian mereka yang berjalan lancar.

Kita tidak lagi boleh menganggap penyertaan di Sukan Komanwel sebagai syarat atau pendedahan, sebaliknya mesti bersaing dengan bersungguh-sungguh memburu pingat.

Saya ucapkan selamat bertanding bagi mereka yang ada antaranya terpaksa berpuasa dan berhari raya di gelanggang pertandingan, ia adalah pengorbanan besar mereka buat negara, katanya.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");