Membawang Hari Ini

Siti beri amaran

siti 1

Sekali lagi, nama Datuk Siti Nurhaliza disalah guna segelintir pihak yang mahu mencari keuntungan atau populariti cara mudah.

Bermula dengan menggunakan nama Siti sebagai duta produk tanpa perjanjian atau pelantikan sah, ia melarat dengan kewujudan akaun Facebook (FB) palsu.

Apa yang membuatkan Siti marah apabila akaun palsu itu memutar belit fakta kononnya Siti menyokong rejim Israel berdasarkan situasi genting yang berlaku di Gaza ketika ini.

“Ini bukan kali pertama Siti berdepan situasi begini, tetapi perkara ini perlu diperjelaskan supaya tidak timbul masalah pada kemudian hari. Menggunakan nama Siti untuk produk menguruskan badan tanpa pengetahuan Siti menunjukkan mereka melakukan penipuan secara terang-terangan.

“Sudahlah gambar Siti diubah suai. Bukannya apa, Siti bimbang jika hasil produk itu tidak memuaskan, nama Siti juga yang buruk,” katanya meluahkan perasaan.

Mengaku sudah memberi amaran kepada peniaga yang tidak bertanggungjawab itu,
Siti berkata, selepas dipantau, beliau mendapati gambar berkenaan sudah ditarik balik.
Mengenai kewujudan akaun palsu itu, Siti berkata, tindakan yang dilakukan adalah memberi peringatan kepada peminat supaya tidak mudah percaya dengan akaun itu.

“Bagi Siti tak perlu untuk Siti menyerang pemilik akaun berkenaan. Ini kerana Siti tak mahu bagi publisiti percuma untuk dia. Apa yang Siti lakukan adalah dengan memberitahu peminat supaya jangan percaya dengan akaun terbabit.

“Kalau baca apa yang ditulis, nadanya adalah sinis, tetapi apabila status itu diulas oleh media lain, ia tetap memberi gambaran yang buruk untuk Siti. Perkara itulah yang membuatkan Siti marah sangat,” tegasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran album terbaharunya, Fragmen di Kuala Lumpur, malam kelmarin.

Pada majlis itu, Siti turut menerima anugerah emas apabila album dijual sebanyak 5,000 unit dalam tempoh seminggu di pasaran – pencapaian yang dianggap cukup baik untuk album tempatan buat masa ini.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");