Laporan Eksklusif

‘Kami tiadai BUK’

puak penentang

Ukraine: Pemimpin kumpulan pemberontak pro-Russia menyatakan pasukannya tidak memiliki sebarang senjata roket dari bumi ke udara untuk menembak pesawat MH17 seperti didakwa Amerika Syarikat dan negara barat lain.

“Saya tegaskan, kami tidak memiliki walau satu pun sistem ‘BUK’ (misil dari bumi ke udara),” kata Alexander Borodai, pemimpin kumpulan pemberontak pro-Russia, Republik Rakyat Donetsk kepada CNN.

“Saya boleh senaraikan alatan pertahanan yang kami ada.

Semua alatan ini hanya berupaya menyerang sasaran yang terbang rendah,” katanya.

Borodai menepis dakwaan pelbagai pihak yang percaya pemberontak menembak jatuh pesawat itu di timur Ukraine di wilayah Donetsk., sekali gus menyebabkannya terhempas dan membunuh 298 penumpang.

“Saya tidak tahu nak kata apa lagi kerana komuniti dunia enggan mendengar.

“Kami tiada alasan untuk menembak jatuh pesawat dan Ukraine gunakan alasan ini untuk musnahkan kerajaan kami,” katanya.

Borodai juga ditanya berkenaan posting Twitter yang perisikan barat ambil sebagai bukti menunjukkan pemberontak mempunyai BUK, peluru berpandu zaman Soviet yang mampu menembak dari jarak jauh.

“Mudah untuk menepisnya.

Semua maklumat datang dari Internet, pada pendapat saya, hanya tipu semata-mata,” katanya.

Katanya, pasukannya tidak mendapat apa-apa manfaat dengan menembak pesawat awam, sebaliknya bagi Ukraine, terhempasnya pesawat itu bermanfaat untuk mereka.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");