Berita Hari Ini

Hudud: Perlu penerangan lebih jelas

hudud penerangan

KOTA BHARU – Usaha yang lebih perlu dilakukan bagi memberi penerangan yang lebih jelas terhadap rakyat di luar Kelantan berhubung pelaksanaan hudud di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, undang-undang jenayah Syariah Kelantan hanya dijalankan di negeri ini dan tidak berkait dengan negeri lain.

“Tahap penerimaan golongan bukan Islam di negeri ini amat baik dan mereka sudah bersedia pada bila-bila masa untuk pelaksanaannya.

“Insya-ALLAH dalam sedikit masa lagi, kita akan laksanakannya dan ia merupakan hukum ALLAH yang tidak dapat ditolak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai kajian yang dijalankan oleh penyelidik terhadap 55 peratus penerimaan rakyat di luar Kelantan bagi pelaksanaan hukum hudud.

“Di negeri ini (Kelantan), 95 peratus rakyat merupakan yang beragama Islam sudah sedia memahami hukuman yang dijalankan berdasarkan undang-undang Kanun Jenayah Syariah Kelantan.

“Hanya lima peratus sahaja lagi yang terdiri daripada golongan bukan beragama Islam dan mereka telah diberi penerangan mengenai pelaksanaan hukum tersebut dalam beberapa siri perjumpaan mereka sudah bersedia,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, semalam.

Terdahulu, Ahmad mengadakan lawatan di HRPZ II sempena Ramadan di tiga wad termasuk wad 30, Bendahara dan Chempaka di sini semalam.

Turut hadir, Pengarah HRPZ II, Datuk Dr. Ghazali Hasni Md Hassan, Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Md Anizam Abdul Rahman dan Dr Ramli Mamat.

Seramai 100 pesakit menerima sumbangan hamper sempena hari Raya Aidilfitri daripada kerajaan Kelantan.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mementingkan kesihatan memandangkan penularan wabak denggi di negeri ini yang meningkat hampir 400 peratus dan di tahap yang serius.

“Pelbagai usaha telah kita jalankan termasuk mengadakan kempen dan turut mendapat kerjasama pihak hospital bagi menangani wabak ini.

“Saya nasihatkan rakyat di negeri ini, supaya pastikan menjaga kebersihan setempat termasuk ketika menaiki bas memandangkan wabak ini boleh merebak di pelbagai kawasan dan boleh membawa maut,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");