Jenayah

Pasar raya ternama jual barang rosak

pgawai kesihatan

BATU BERENDAM – Segelintir peniaga serta pengusaha pasar raya di negeri ini dikesan mengambil kesempatan daripada kesibukan orang ramai membuat persiapan raya dengan menjual barangan sudah rosak atau tamat tempoh.

Lebih mengejutkan, ia turut dilakukan pasar raya ternama.

Ini susulan rampasan pelbagai jenis barangan makanan yang rosak, tamat tempoh serta tidak menepati syarat perlabelan oleh pegawai Jabatan Kesihatan negeri dalam beberapa siri operasi kebelakangan ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Ghazali Othman berkata, menerusi rampasan dilakukan pegawai jabatan sepanjang Ops Raya yang dijalankan bermula 14 Julai lalu, terdapat segelintir pengusaha turut mencampurkan buah-buahan sudah rosak dengan yang masih elok di dalam bungkusan dijual kepada orang ramai.

“Selain itu, ada juga yang masih mempamerkan barangan nyata tamat tempoh.

“Apa yang mengejutkan, perkara ini turut berlaku di beberapa pasar raya ternama. Kita percaya mereka berbuat demikian bagi mengambil kesempatan dari kesibukan orang ramai membeli-belah,” katanya kepada Sinar Harian semasa Ops Raya 2014 di sebuah pasar raya di sini, semalam.

Operasi berkenaan turut disertai Exco Kesihatan dan Pembangunan Sukan negeri, Datuk Ab Rahaman Ab Karim.

Sementara itu, Ab Rahaman berkata, sebanyak 2,006 jenis makanan bernilai RM10,566 disita sepanjang Ops Raya 2014 berjalan.

“Tumpuan operasi adalah di pasar raya, pasar mini serta kedai runcit utama. Mana-mana makanan yang menyalahi Akta Makanan 1983 telah disita,” katanya.

Selain itu, katanya, enam notis kesalahan turut dikeluarkan jabatan semasa operasi berkenaan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

“Ini termasuk merokok di kawasan larangan membabitkan empat notis serta merokok di kawasan larangan merokok atau memiliki rokok bagi mereka berusia bawah 18 tahun,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");