Membawang Hari Ini

Scha Lahirkan Bayi Perempuan

Scha Awal

PETALING JAYA: Pelakon Scha Al-Yahya selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira pukul 5.50 petang pada Selasa di Hospital Prince Court Kuala Lumpur.

Berita gembira tersebut disahkan oleh suaminya, pelakon dan pengacara, Awal Ashaari menerusi laman Instagramnya pada Rabu dengan memaklumkan keadaan isteri dan anak mereka dalam keadaan baik.

Menurut Awal, bayi seberat 3.17 kilogram itu dilahirkan secara normal namun mereka masih belum mengumumkan nama yang bakal diberikan kepada cahaya mata pertama itu.

Bagaimanapun Awal sempat berkongsi sekeping gambar di Instagram yang memperlihatkan jari anaknya untuk tatapan para peminat yang sentiasa mendoakan mereka berdua.

Awal yang dihubungi tidak menjawab panggilan telefon untuk bercerita lebih lanjut mengenai kelahiran berkenaan.

-mStar
Scha dan Awal berkahwin pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya dan ia turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");