Laporan Eksklusif

MH17: Malaysia Enggan Terlibat Geopolitik Asing – Hishammuddin

hishammuddin

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak mahu terlibat dengan geopolitik negara lain hingga menjejaskan usaha menuntut pembelaan terhadap insiden pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, 17 Julai lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Malaysia tegas menuntut siasatan yang telus berhubung tragedi malang yang mengorbankan 298 nyawa itu.

“Kita tak mahu terlibat dengan situasi geopolitik di sana…diheret dengan tuduhan pihak berkepentingan.

“Kita mahukan kebenaran dan ia memerlukan kebijaksanaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Tegas Hishammuddin, Malaysia tidak akan berdiam diri mengenai kejadian tersebut dan mahu pihak yang betanggungjawab diadili dan diambil tindakan sewajarnya.

“Kita akan cari sampai ke lubang cacing. Dari awal lagi kita nak tahu apa sebenarnya yang berlaku,” katanya.

Malaysia pada Rabu mengadakan persidangan khas Dewan Rakyat bagi mengutuk tindakan kejam pihak tidak bertanggungjawab yang menembak jatuh pesawat MH17.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, sejak insiden itu berlaku pada Khamis lalu, Malaysia melepasi fasa sukar selepas berjaya mendapatkan semula kotak hitam yang sebelum ini dilaporkan dihantar ke Moscow, Russia oleh kumpulan pemisah.

Selain itu, katanya, Kementerian Pertahanan akan memantau proses membawa pulang mayat mangsa MH17 secepat mungkin.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");