Membawang Hari Ini

Pelakon Ijoy Tegaskan Tidak Ditanggung Isteri

ijoy 1

PETALING JAYA: Pelakon Ijoy nafikan kehidupannya ditanggung oleh isterinya, aktres Sharifah Shahira (Shira) seperti yang diperkatakan beberapa pihak sebelum ini.

Ijoy atau nama sebenarnya Zulkifli Azhari, 40, berkata, dia tidak terkejut dengan dakwaan tersebut memandangkan orang ramai hanya melihat Shira di televisyen berbanding dirinya yang banyak melakukan kerja-kerja di belakang tabir.

“Saya tahu orang selalu cakap Shira tanggung suami dan keluarga sehingga terpaksa bekerja keras kononnya kerana saya tidak ada tawaran lakonan.

“Tetapi saya tidak kisah atau terkejut dengan dakwaan itu dan tak marah pun kepada siapa-siapa yang menuduh saya begitu kerana apa yang diperkatakan itu tidak betul,” katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, Shira atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar, 39, dikatakan menanggung perbelanjaan keluarga memandangkan Ijoy tidak aktif berlakon lagi.

Keadaan itu juga membuatkan Shira terpaksa bekerja keras siang malam agar dapat menanggung segala perbelanjaan rumah dan keluarga termasuk bekerja secara kontrak sebagai deejay di Ultra FM.

Sementara itu, kata Ijoy, dia mengambil pendekatan untuk tidak mengendahkan kata-kata negatif yang dilemparkan sebaliknya lebih senang tidak menonjol diri di khalayak.

Malah katanya, ramai yang tidak tahu bahawa dia kini banyak menghabiskan masanya dengan kerja-kerja produksi di belakang tabir.

“Memang kalau anda perasan saya jarang muncul di khalayak. Bagi saya cukuplah isteri seorang sahaja yang didedahkan kepada umum dan saya pula selesa tidak menonjolkan diri.

“Lagipun saya sudah merasa zaman kemuncak dahulu, biarlah orang lain pula merasai zaman itu. Tetapi saya masih lagi belum berhenti berlakon, cuma lebih memilih skrip sebelum menerima sesebuah tawaran,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ijoy berkata, dia kini juga sibuk menguruskan kedai makan berbentuk food court di Taman Melawati sejak dua bulan lalu.

Ijoy dan Shira telah mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2003 setelah menjalin cinta ketika sama-sama menjayakan drama bersiri ‘Mat Despatch’.

Hasil dari perkahwinan itu mereka telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Airell, 10, Airra, 7, dan Auddra, 5. Shira turut mempunyai seorang lagi anak, Allisya, 16, hasil perkahwinan pertamanya dengan vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");