Jenayah

Jangan pandang remeh soal pampasan MH17

azalina

KUALA LUMPUR – Soal bayaran pampasan kepada keluarga waris penumpang pesawat malang MH17 tidak harus dipandang remeh sebaliknya ia perlu dimuktamadkan berdasarkan lokasi kejadian di ruang angkasa Ukraine.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman berkata, kerajaan Malaysia perlu lebih ‘garang’ dalam menangani insiden itu khususnya jika disaman keluarga mangsa yang menuntut pampasan dan kehilangan yang ditanggung mereka.

“Kerajaan perlu bersedia dan berani menyaman balik sama ada kerajaan Ukraine atau Rusia kerana insiden tembakan menjatuhkan MH17 tidak berlaku dalam ruang angkasa Malaysia sebaliknya di negara bergolak itu.

“Tidak wajar Malaysia Airlines kena bayar pampasan lebih RM120 juta sedangkan kemalangan itu dilakukan secara jenayah di Ukraine,” katanya ketika membahaskan usul mengenai tragedi malang yang menimpa pesawat MH17 yang dibacakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Persidangan Khas Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Azalina turut menegaskan bahawa beliau tidak takut untuk bersemuka dengan Presiden Russia, Vladimir Putin atau Presiden Ukraine, Petro Poroshenko dalam mencari kebenaran di sebalik insiden MH17.

“Kita mesti garang dalam isu ini, jangan sampai kita jadi mangsa barbarik pembunuhan beramai-ramai.

“Saya mewakili BNBBC, kami tak takut dengan Putin dan Poroshenko tapi kami lebih takut kepada rakyat yang memilih kami yang mahukan jawapan sebenar nahas pesawat itu,” katanya lagi.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");