Membawang Hari Ini

Lisa sebagai ‘Lucy Wilde’

lucy

PELAKON cantik, Lisa Surihani menyifatkan kerjasama di antara saluran HBO dan Astro untuk mengalih bahasa filem luar negara ke bahasa ibunda adalah sesuatu yang mengagumkan.

Menurutnya, kerjasama seperti ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya kerana ia mampu memartabatkan bahasa itu ke peringkat tertinggi.

“Saya kagum dengan apa yang telah dilakukan oleh saluran HBO dan Astro sebab apa yang dilakukan ini sebenarnya sudah lama dibuat di negara-negara Eropah.

“Lihat saja di Perancis, Jerman dan Turki atau mana-mana saja yang kita pergi ke luar negara. Mereka amat mementingkan bahasa mereka untuk dialih bahasakan.

“Jadi, apa jua pun filem berbahasa Inggeris yang dibawa masuk ke negara berkenaan akan dialihkan sebab mereka meletakkan kepentingan dalam  bahasa ibunda mereka sendiri,” katanya.

Tambah pelakon filem Instanbul Aku Datang ini, melakukan perkara berkenaan boleh menaikkan taraf atau hak bahasa Melayu.

“Sekiranya pihak produksi di Malaysia mengekalkan formula yang sama, saya percaya Bahasa Melayu dapat diangkat ke peringkat yang lebih tinggi lagi,” katanya yang meminjamkan suaranya untuk watak Lucy Wilde.

Despicable Me 2 versi Bahasa Melayu bakal menemui penonton pada 28 Julai ini, jam 9 malam di saluran HBO (Astro 411) dan HBO HD (Astro 431) dengan pilihan audio bahasa Malaysia dan Inggeris.

Selain Lisa, barisan pelakon lain yang turut terlibat dalam meminjamkan suara adalah Hafizuddin Fadzil yang membawakan watak El Mancho dan Eduardo, Hisyam Hamid (Floyd), Hanis Zalikha (Jilian), Datuk Fazley Yaacob (Dr Nefario), Nelydia Senrose (Margo) dan DJ Raffy.

Sebelum ini, pelakon Ular ini pernah terlibat dalam alih bahasa bagi filem animasi Madagascar 3 dan The Smurfs.

Nyanyian bukan keutamaan

Dalam pada itu, sepanjang  Ramadan ini, isteri kepada Yusry Abdul Halim ini kini sedang berehat daripada terlibat dengan sebarang aktiviti seni.

Pelakon filem Ombak Rindu ini sebaliknya mengambil peluang untuk lebih beribadat dan melakukan aktiviti amal.

Selain itu, Lisa yang sebelum ini pernah merakamkan single Kekasih Abadi dengan suaminya memberitahu, bidang nyanyian bukanlah keutamaannya.

“Saya akui saya suka menyanyi. Tetapi saya menyanyi hanya untuk suka-suka.

“Single duet nyanyian kami itu memang saya buat khas untuk dia.

“Nak jadikannya satu kerjaya? Entahlah, saya tak nampak jiwa saya ada kat situ,” katanya sambil tergelak.

Dalam perkembangan lain, Lisa turut menantikan tayangan filem-filem lakonannya di pawagam seperti Dendam Orang Mati, Manisnya Cinta di Cappadocia, Suamiku Encik Perfect 10, Cicak Man 3 dan Sinaran.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");