Laporan Eksklusif

Malaysia sahkan nahas MH17, kutuk tindakan zalim

kutuk

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jumlah mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat MH17 berjumlah 298 orang, 283 daripadanya merupakan penumpang manakala 15 lagi adalah anak kapal termasuk 83  kanak- kanak dan tiga bayi.

Katanya jumlah mangsa tersebut telah dikemaskini sehingga 18 Julai lalu berdasarkan pecahan warganegara yang telah dikenal pasti.

“192 orang warganegara Belanda, 43 (termasuk 15 anak kapal dan 2 bayi) dari Malaysia, 27 orang dari Australia, 12 (termasuk seorang bayi) dari Indonesia, 10 dari United Kingdom (termasuk 1 dwi-kerakyatan UK/ Afrika Selatan), 4 orang Jerman, 4 orang Belgium, 3 orang Filipina, seorang Amerika Syarikat (dwi kerakyatan Amerika/ Belanda), seorang Kanada dan seorang New Zealand,” katanya ketika membentangkan usul mengenai tragedi malang yang menimpa pesawat MH17 pada Persidangan Khas Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Pekan itu juga berkata, laluan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) ketika kejadian diperakui selamat dan diluluskan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Ukraine.

“Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) juga telah menyatakan ruang udara yang direntasi pesawat itu adalah laluan udara yang selamat.

“Malah 15 daripada 16 syarikat penerbangan dalam Persatuan Penerbangan Asia Pasifik turut menggunakan laluan ini untuk ke Ukraine,” katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata keadaan fizikal dan teknikal pesawat MAS itu berkeadaan baik khususnya pada awal pagi 18 Julai lalu.

“MAS turut mengesahkan semua sistem pesawat berfungsi seperti biasa terutamanya Aircraft Communications Addressing and Reporting System (ACARS) dan transponder pesawat,” katanya lagi.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");