Jenayah

Padah mengamuk pecah pasu

pdah mengamuk

KUALA TERENGGANU – Bengang dengan adik perempuannya yang cuba menghalangnya mendapatkan wang daripada ibu mereka, seorang lelaki bertindak seperti orang gila, memecahkan pasu bunga di rumah dengan besi.

Kemarahan Zahari Mohd Amin, 38, itu memuncak apabila ibu mereka tidak melayan permintaannya.

Bagaimanapun, tindakan agresifnya yang bertujuan menakutkan adik perempuannya itu mengundang padah apabila terpaksa menyambut lebaran di sebalik tirai besi selepas dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh mahkamah majistret, di sini, semalam.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membuat keputusan itu selepas Zahari mengaku salah melakukan ugutan jenayah dengan menggunakan sebatang besi dan memecahkan pasu bunga di dalam rumah bertujuan mendatangkan ketakutan kepada Zaifah Mohd Amin, 36.

Zahari mengaku salah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah di kediaman mereka di Kampung Ulu Takir, di sini, lebih kurang jam 9.30 pagi, 19 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu, dia boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan L Rathna.

Berdasarkan fakta kes, sebelum kejadian, mangsa sedang berehat di rumah bersama ibu mereka apabila Zahari datang dalam keadaan marah sambil meminta wang.

Bagaimanapun, mangsa cuba campur tangan dengan memarahi abangnya yang suka meminta wang daripada ibu mereka menyebabkan Zahari naik hantu dan mengguna besi memecahkan pasu-pasu bunga di dalam rumah dengan niat mendatangkan ketakutan kepada mangsa dan ibu mereka.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");