Sukan Hari Ini

Glasgow tekad tampil temasya terbesar, terbaik

atlet

Glasgow: Sir Chris Hoy berkata Glasgow akan menampilkan ‘temasya Komanwel terbesar dan terbaik pernah disaksikan’.

Sejumlah 4,500 atlet dari 71 negara akan mengambil bahagian pada edisi ke-20 temasya itu yang akan berlangsung sehingga 3 Ogos ini.

“Ia akan menjadi sesuatu yang amat hebat,” kata atlet Scotland yang sudah memenangi enam pingat Olimpik serta dua kali juara Komanwel itu.

Reputasi Sukan Komanwel tampak rosak pada temasya 2010 di Delhi, yang dibayangi jualan tiket berkurangan serta masalah tempat pertandingan serta kemudahan lain.

Temasya persahabatan

Penganjur dipaksa memberikan ribuan tiket percuma selepas banyak tempat duduk tidak dijual, namun ia tidak dapat mengelak imej gelanggang yang hanya separuh diisi dipaparkan di seluruh dunia, namun Hoy yakin ia sama sekali tidak akan berulang di Glasgow.

“Kami sudah bersedia sejak setahun setengah yang lalu,” kata bekas pelumba basikal trek itu yang bersara pada 2013. “Semua orang tidak sabar untuk memulakannya.”

Sementara itu, perenang Michael Jamieson, harapan besar Scotland untuk mendapatkan pingat berkata: “Anda sudah boleh melihat suasana meriah sekitar bandar.”

Pemenang pingat perak Olimpik 2012 yang kini cuba mencari kilauan emas pada hari pertama saingan hari ini menerusi acara 200m kuak dada itu berkata: “Ia sememangnya dikenali sebagai temasya persahabatan. Saya baru saja merasainya.”

Glasgow sudah bersedia buat temasya yang menampilkan 18 sukan sepanjang 11 hari pertandingan pada 2007 apabila ia menewaskan ibu negara Nigeria, Abuja ketika undian untuk menjadi tuan rumah acara berkenaan.

Keputusan untuk memberikan hak penganjuran kepada Glasgow diumumkan di Sri Lanka pada 2007. – Agensi

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");