Membawang Hari Ini

Fazura ajak semai cinta

fazura 2

Kurang kasih sayang punca kerakusan dunia, simpati nasib umat Islam di Gaza

Di laman sosial, pelakon jelita Nur Fazura Sharifuddin sering menyalurkan mesej mengenai kasih sayang, cinta dan keamanan kepada pengikutnya.

Setiap hari, beliau tidak pernah gagal menyebar mesej seumpama itu, malah menganggap ia satu cara untuk mendidik peminat dan pengikutnya menyemai rasa kasih sayang dalam diri.

Justeru, apabila dunia berdepan masalah peperangan, kekejaman dan tragedi yang menyayat hati, sedikit sebanyak Fazura merasa kesannya.

Bagi pelakon jelita ini, selagi perasaan benci menguasai diri, selagi itulah manusia akan terus bersengketa dan dunia menjadi semakin huru-hara.

“Semuanya kerana sifat benci yang ada dalam diri. Jika mereka menyemai perasaan cinta dan kasih sayang sesama insan, tanpa mengira bangsa atau agama, saya percaya peperangan tidak akan berlaku,” kata Fazura ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Nutox di sebuah restoran di Subang Jaya, petang Ahad lalu.

Di majlis itu, Fazura beramah mesra dan melayani 10 peminat bertuah yang memenangi peraduan anjuran produk penjagaan kulit terkenal itu.

Tak mahu publisiti

Saban hari disogokkan dengan berita konflik, peperangan dan kehilangan nyawa yang tidak berdosa, Fazura terpanggil melakukan misi keamanan di Semenanjung Gaza yang sedang diancam Israel.

Namun, kata pelakon dan ahli perniagaan berusia 30 tahun ini, biarlah usahanya itu dibuat secara diam-diam tanpa publisiti meluas.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");