Jenayah

Masuk ruang pejabat elak kena tembakan

pecah cermin

Klang: “Saya dapat mengagak bunyi tembakan berkenaan datang dari kedai emas lalu mengarahkan staf masuk ke ruang pejabat kerana khuatir mereka diapa-apakan atau terkena peluru sesat memandangkan kedai kami bersebelahan,” kata saksi kejadian samun kedai emas di pasar raya di Jalan Kebun, di sini, semalam.

Menurut saksi yang mahu dikenali sebagai Mohamad, ketika kejadian dia berada dalam pejabat dan baru selesai membuka kedai sebelum terdengar bunyi tembakan.

Katanya, dia terdengar bunyi seperti cermin diketuk selain suara lelaki menjerit mengarahkan seseorang supaya duduk.

“Selepas keadaan reda saya keluar meninjau keadaan sebelum ternampak kelibat tiga lelaki bertopeng membawa beg dan menaiki Perodua Myvi,” katanya, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya mendapat maklumat kejadian samun berlaku di kedai emas BS Jewellery Pasaraya Giant Jalan Kebun, di sini, jam 11 pagi semalam.

“Dalam kejadian itu, empat lelaki bertopeng hitam yang menaiki kenderaan jenis Perodua Myvi disyaki menggunakan pintu alternatif untuk memasuki pasar raya berkenaan.

“Seorang suspek dipercayai bersenjatakan pistol disyaki semi auto dan melepaskan tiga tembakan masing-masing dua dalam pasar raya dan satu di luar pasar raya berkenaan,” katanya.

Menurutnya, dua lagi suspek menggunakan tukul besi untuk memecahkan cermin pameran barang kemas dan mengambil pelbagai jenis barang kemas di rak pameran yang dianggarkan RM200,000.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");