Membawang Hari Ini

Mahu ‘test’ nama dulu

awal shaari

Kuala Lumpur: “Nama belum (beri) lagi tapi kita memang sudah ada dua, tiga nama yang disenarai pendek. Saya dan Scha nak tengok keadaan dulu,” kongsi pengacara popular, Awal Ashaari mengenai nama bayi perempuannya yang selamat dilahirkan pelakon Scha Al Yahya, petang kelmarin.

Awal atau Ahmad Awaluddin Ashaari, 33, berkata, mereka enggan tergesa-gesa menetapkan nama anak itu kerana mahu memilih nama paling sesuai daripada beberapa pilihan yang ada.

“Rasanya dalam dua atau tiga hari ini belum lagilah (beri nama anak). Kami kena tatap muka anak dulu.

“Saya kena duduk dan berdepan dengan dia (anak) dan cuba panggil (beberapa pilihan) dan tengok mana satu yang okey dengannya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Scha, 31, selamat melahirkan bayi perempuan itu secara normal di Hospital Prince Court di sini, jam 5.50 petang kelmarin.

Berita baik itu dimaklumkan Awal menerusi akaun Instagram miliknya pagi tadi dan meraih perhatian luas media serta peminat.

Awal turut mengesahkan Scha dan bayi mereka berada dalam keadaan sihat.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");