Sukan Hari Ini

Rehat 3 bulan

negredo

London: Pengurus Manchester City Manuel Pellegrini mendedahkan penyerang sensasi kelab itu Alvaro Negredo bakal diketepikan hingga tiga bulan selepas tulang kakinya patah.

“Alvaro menjalani pembedahan hari ini (semalam) di bahagian kakinya yang patah dan dia mungkin terpaksa berehat hingga dua atau tiga bulan,” umum Pellegrini di laman web kelab itu.

“Ia berita buruk buat kami kerana Alvaro pemain penting dan kami pasti berasa kehilangannya.” Negredo, 28, patah tulang jari kelima kaki kanannya ketika City menang 2-1 ke atas Hearts dalam aksi persahabatan di Edinburgh, Jumaat lalu.

Dia melahirkan rasa bimbang dengan tahap kecederaannya menerusi akaun Instagram Isnin lalu dengan menyatakan:

“Saya mahu memberitahu anda semua ia pasti tempoh sukar buat saya untuk beberapa bulan akan datang, tulang jari kaki kelima saya patah dan tidak boleh beraksi untuk beberapa bulan. Saya akan kembali beraksi dengan penuh semangat selepas ini.”

Tempoh tiga bulan itu juga akan menyaksikannya terlepas sembilan perlawanan pertama City serta tiga aksi awal peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Negredo dibeli dari Sevilla tahun lalu dengan yuran perpindahan £16 juta (RM86.3 juta).

Pemain antarabangsa Sepanyol itu membuat penampilan pertama yang cemerlang di Stadium Etihad dengan menjaringkan 23 gol sepanjang 48 perlawanan dalam semua kejohanan meskipun prestasinya agak merosot di penghujung musim.

City kini mengadakan jelajah pramusim di Amerika Syarikat dan dijadual menentang Sporting Kansas City dalam perlawanan persahabatan seterusnya.

– AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");