Laporan Eksklusif

Kotak hitam diperiksa pakar Britain

Hishammuddin ketika ditanya media selepas perbahasan usul Tragedi Nahas Pesawat MH17 di lobi Parlimen, semalam. Hishammuddin ketika ditanya media selepas perbahasan usul Tragedi Nahas Pesawat MH17 di lobi Parlimen, semalam:-

KUALA LUMPUR – Kotak hitam pesawat MH17 telah diserahkan kepada pasukan pakar dari Britain untuk analisa, manakala proses mengenal pasti mangsa akan dilakukan oleh penyelidik Belanda.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pakar yang dipilih mempunyai kepakaran untuk menjalankan siasatan berhubung tragedi itu.

“Apa yang penting bagi kami adalah untuk mendapatkan kebenaran, untuk memastikan bahawa (siasatan) tidak diganggu dan untuk memastikan integriti (siasatan),” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat, semalam.

Dua kotak hitam milik MH17 yang ditemui di tapak nahas pesawat itu diserahkan kepada pasukan siasatan dari Malaysia, kelmarin, oleh puak pemisah Ukraine selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencapai persetujuan dengan ketua pemisah, Alexander Borodai.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, dua pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia dalam keadaan bersiap sedia sekiranya diperlukan untuk pemindahan mayat mangsa MH17 yang akan diterbangkan ke Amsterdam sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing selepas proses mengenal pasti identiti mayat dilakukan.

Hishammuddin turut memuji usaha Najib berurusan dengan pemberontak yang akhirnya membolehkan mayat mangsa dibawa keluar dari lokasi nahas dan kotak hitam dikembalikan kepada pihak berkuasa Malaysia.

“Beliau mengendalikan keadaan dengan berhemah dan kebijaksanaan yang diperlukan.

“Itu adalah bahagian yang paling sukar. Sekarang, tugas kita adalah untuk memastikan yang terbaik daripada kemampuan kita seperti yang dijanjikan, membawa pulang mayat mangsa kepada keluarga mereka sebelum hari raya (hujung bulan ini),” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");