Berita Hari Ini

Jitu Perlu Dianggotai Pegawai SPRM – Pengerusi PAC

nurjazlan1

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mahu Jawatankuasa Tadbir Urus dan Integriti (Jitu) yang ditubuhkan di setiap kementerian serta di jabatan Persekutuan di peringkat negeri turut dianggotai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, usaha kerajaan untuk menambah baik sistem penyampaian kerajaan perlu dijalankan seiring dengan usaha membasmi gejala penyelewengan, pemborosan dan penyalahgunaan dalam sektor perkhidmatan awam.

“Pada masa sama, jika kerajaan mahu memastikan JITU mempunyai lebih keberkesanan, jawatankuasa berkenaan juga boleh turut melaporkan kepada PAC yang dapat bertindak sebagai sebuah badan bebas daripada campur tangan eksekutif,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Nur Jazlan berkata, PAC menyambut baik inisiatif yang dilakukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan untuk menubuhkan jawatankuasa berkenaan kerana ia akan meningkatkan integriti serta tadbir urus kerajaan yang lebih telus serta efisien.

“Memang kita perlu akui dengan adanya pemantauan terus daripada Menteri bertanggungjawab yang turut sama mempengerusikan jawatankuasa berkenaan, sebarang penyalahgunaan dapat dikesan dengan lebih awal,” katanya.

Selain itu, Nur Jazlan juga menggesa semua kakitangan awam agar turut memainkan peranan masing-masing dalam menangani masalah rasuah serta salah guna kuasa di tempat kerja masing-masing.

JITU merupakan kerjasama dengan kementerian dan agensi yang akan bertindak sebagai jentera utama bagi mengetuai semua program tranformasi berhubung urus tadbir dan integriti.

Penubuhan JITU diluluskan Kabinet pada Mac lalu yang mengandungi 200 ketua pegawai integriti daripada 700 kementerian dan agensi kerajaan.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");