Isu Panas

‘Kita bincang baik-baik’

Kuala Lumpur: “Kita akan berbincang dengan beliau secara baik mengenainya (pertukaran),” kata Ketua Umum Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas tindakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyatakan akan menjalankan tugas sebagai Menteri Besar seperti biasa selepas dipilih rakyat negeri itu.

Anwar berkata, proses perbincangan dan pertemuan dengan Abdul Khalid mengenai pertukaran itu sedang berjalan.

“Pertemuan diteruskan, malah beliau masih lagi calon Timbalan Presiden PKR,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Parlimen, semalam.

Turut hadir, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Kelmarin, Abdul Khalid menyatakan beliau menghormati keputusan PKR yang mencalonkan Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar, namun pada masa sama beliau berpegang teguh kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menetapkan tatacara khusus bagi pelantikan atau penggantian Menteri Besar.

Sementara itu, Anwar menyatakan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam mesyuarat itu menerima cadangan Keadilan untuk melakukan pertukaran Menteri Besar Selangor dengan mencalonkan Dr Wan Azizah.

Bagaimanapun katanya, DAP dan PAS akan membawa perkara itu ke mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing dan akan membuat keputusan selepas Aidilfitri.

“PAS dan DAP secara dasarnya menghormati prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar Selangor daripada Keadilan dan kedua-dua parti akan bermesyuarat serta membuat keputusan dalam masa terdekat,” katanya.

Mengenai pemilihan Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor, Anwar berkata, pemilihan beliau diputuskan parti itu selain presiden parti.

“Azmin Ali juga ada kelayakan, tetapi berdasarkan konsensus parti memilih Wan Azizah yang juga presiden parti,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");