Jenayah

Asrama berdentum

asrama

Melaka: “Ketika hujan lebat disusuli angin kencang, kami dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat dan kaca berderai,” kata Mohd Fahim Mohd Farid, 21, menceritakan detik kawasan Kediaman Siswa/Siswi Politeknik Melaka (KAMSIS) di Taman Bertam Perdana, Pulau Gadung di sini dipukul ribut, semalam.

Kejadian jam 5.45 pagi mengakibatkan lebih 10 motosikal pelajar diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan rosak selepas dihempap bumbung dari salah satu blok kediaman berkenaan yang diterbangkan angin.

Ribut turut mengakibatkan dua pelajar lelaki cedera selepas terkena serpihan kaca apabila tingkap cermin di 15 bilik di bangunan lima tingkat itu pecah ditiup angin kencang dan lima khemah disewa bagi pelajar menunaikan solat Tarawih musnah.

Kejadian turut menyebabkan dua bas sekolah yang diletakkan di bahu jalan di hadapan KAMSIS rosak teruk selepas dihempap dua pokok tumbang.

Mohd Fahim berkata, ketika kejadian dia yang baru selesai bersahur dan menunggu masuk waktu Subuh terkejut selepas mendengar bunyi dentuman kuat ketika hujan lebat melanda kawasan berkenaan.

“Keadaan sangat menakutkan ketika itu kerana dentuman berkenaan disusuli dengan bunyi deruan angin kencang dan kaca berderai, saya tidak nampak apa yang berlaku kerana hari masih gelap ketika itu.

“Namun selepas hujan reda, kami turun untuk melihat apa yang berlaku dan terkejut mendapati puluhan motosikal dihempap bumbung, khemah terbalik dan tingkap di beberapa bilik pecah dipukul ribut,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");