Sukan Hari Ini

Peluang masih ada

INDRA Putra

Kuala Lumpur: Bekas pemain kebangsaan, Ahmad Shahrul Azhar Sofian percaya pengendali baru skuad kebangsaan Dollah Salleh akan mengamalkan polisi lebih terbuka dan tidak meminggirkan mana-mana pemain termasuk mereka yang sudah lama tidak beraksi, untuk menyarung jersi negara.

Katanya, beberapa pemain berpengalaman seperti Indra Putra Mahayuddin, Muhammad Shukor Adan dan Mohd Amri Yahyah antara pemain yang beliau rasakan masih boleh beraksi di peringkat antarabangsa bagi memperkuatkan skuad Harimau Malaya dalam saingan Piala AFF, November ini.

“Saya percaya Dollah sedar pemain seperti Indra Putra, Shukor dan Amri antara pemain yang mampu memberikan komitmen tinggi setiap kali beraksi untuk pasukan kebangsaan. “Mungkin ada lagi pemain berpengalaman lain boleh beraksi dan harus diberi peluang, namun semuanya bergantung kepada prestasi semasa dan keperluan pasukan kebangsaan.

Cuma mungkin kali ini Dollah tidak mahu membuat pertukaran terlalu drastik dan saya yakin beliau masih mempunyai banyak masa untuk menilai pemain dalam kempen Piala Malaysia sebelum kejohanan sebenar,” katanya.

Ahmad Shahrul, 39, yang pernah mewakili negara pada 1999 hingga 2002 berkata demikian sebagai mengulas laporan Arena Metro semalam mengenai hasrat bekas penyerang kebangsaan Indra Putra, 32, untuk bersama skuad kendalian Dollah ke kejohanan Piala AFF anjuran bersama Singapura dan Vietnam hujung tahun ini.

Indra Putra yang meledak 10 gol dalam saingan Liga Perdana bersama FELDA United dan membantu pasukannya mara ke final Piala FA musim ini mengakui masih bersemangat untuk menyarung jersi kebangsaan meskipun sudah lama diketepikan.

Nama Indra tiada dalam senarai 23 pemain pelatih kebangsaan yang bakal melaporkan diri untuk kem latihan pusat pada 1 Ogos apabila Dollah membuat keputusan mengekalkan sebahagian muka lama.

Bagaimanapun Amri yang menjadi pemain utama skuad juara Liga Super Johor Darul Ta’zim masih mendapat perhatian.

“Kita perlu berlapang dada dan memberi kebebasan kepada Dollah untuk membuat keputusan pemilihan pemain. Kalau dulu kita boleh beri masa dua, tiga tahun kepada Datuk K Rajagobal (bekas jurulatih), tak patut dengan Dollah cuma satu kejohanan?” kata Ahmad Shahrul, bekas kapten Perak.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");