Jenayah

Mayat dibuang dalam semak

Mayat dibuang

GUA MUSANG – Seorang warga emas berusia 66 tahun ditemui mati dipercayai disamun sebelum dibunuh dan dibuang dalam semak di belakang rumahnya di Kampung Batu Macang, Bertam, dekat sini, petang kelmarin.

Mangsa, Rokiah Ismail dijumpai penduduk dalam keadaan berlumuran darah kira-kira jam 2 petang selepas mereka melancarkan gerakan mencarinya apabila dimaklumkan mangsa hilang dari rumah sejak malam Selasa lalu.

Pergelutan dengan penjenayah dipercayai berlaku di ruang dapur rumah mangsa, sebelum dibuang dalam semak tepi sungai di belakang rumah.

Kejadian itu disedari seorang anak perempuan mangsa yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa selepas mendapati pintu rumah ibunya di bahagian depan dikunci dari dalam dan pintu dapur pula terbuka.

Norhayati Ismail, 39, berkata, dia melalui hadapan rumah ibunya kira-kira jam 9 pagi dan rasa curiga melihat pintu dapur terbuka, terus mencari mangsa tetapi gagal.

Anak lelaki mangsa, Mohd Sukri Latif, 42, pula berkata, biasanya pintu dapur ditutup jika ibunya keluar rumah sama ada ke kebun atau menjaja sayur tetapi sebaliknya, pagi tersebut pintu terbuka.

“Saya dimaklumkan mengenai penemuan mayat ibu kira-kira jam 2 petang dan segera ke lokasi kejadian.

“Arwah ibu tinggal seorang diri di rumah berkenaan, sementara saya dan Norhayati tinggal di rumah berasingan, kira-kira 150 meter dari situ,” katanya.

Menurutnya, sepanjang pengetahuannya arwah ibunya tiada musuh dan percaya ibunya dibunuh selepas barang kemas disamun, sebelum mayatnya dibuang di dalam semak tepi sungai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan penemuan mayat wanita di dalam semak tepi sungai di kampung berkenaan.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");