Jenayah

Dua lelaki positif dadah ditahan

positif dadah

IPOH – Dua lelaki berusia 23 dan 32 tahun dipercayai positif dadah ditahan dalam Ops Khas Motosikal sempena Ops Hari Raya Aidilfitri 2014 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri, semalam.

Operasi bermula kira-kira jam 8.30 malam dan berakhir 12 tengah malam itu dijalankan serentak di tujuh lokasi membabitkan Ipoh, Taiping, Manjung, Teluk Intan, Bidor, Gerik dan Kuala Kangsar.

Ketua Penguatkuasa JPJ Negeri, Abdul Aziz Abd Malek berkata, sebanyak 250 saman pelbagai kesalahan dikeluarkan dalam operasi tersebut.

Malah, sebanyak 78 notis arah periksa, 30 notis Larangan Penggunaan Kenderaan (PG1) dan tiga lain-lain notis turut dikeluarkan.

“Sebanyak 322 buah kenderaan dikenakan tindakan dan sebuah motosikal turut disita,” katanya pada sidang media di Jalan Kuala Kangsar, di sini, semalam.

Seramai 135 anggota JPJ dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri terbabit dalam operasi yang dijalankan di seluruh negeri ini.

Difahamkan, tempoh Operasi Khas penguatkuasaan itu dua minggu bermula 21 Julai sehingga 5 Ogos ini.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");